KOTA BAHARU, 10 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Kelantan sedang menjalankan kempen di seluruh negeri bagi menyedarkan
orang ramai mengenai pentingnya menyertai koperasi.
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=948843
Published: May 12, 2013
Timbalan Pengarah SKM Kelantan, Anuar Mohamad berkata antara aktiviti
sempena kempen itu ialah karnival koperasi di setiap kawasan Parlimen
dengan matlamat, 'Satu Komuniti Satu Koperasi'.
"SKM Kelantan meletakkan pegawai pengembangan koperasi di setiap
kawasan Parlimen bertujuan menyelaras perkembangan sesebuah koperasi,"
katanya kepada Bernama di sini Jumaat.
Anuar berkata pegawai pengembangan itu akan menjadi penghubung antara
jabatan koperasi dengan sesebuah koperasi di sesuatu kawasan.
Katanya, setakat ini terdapat sebanyak 652 koperasi di seluruh Kelantan termasuk 150 koperasi sekolah.
Katanya hasrat kerajaan ialah menjadikan gerakan koperasi sebagai
antara penyumbang utama menjana ekonomi negara menjelang tahun 2020.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment