KEMAMPUAN Koperasi Pembangunan Tanah Bumiputera Selangor (Koptas)
membangunkan projek perumahan Taman Koptas di Gombak, Selangor adalah
bukti yang membanggakan bagi sebuah koperasi milik Bumiputera.
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/koptas-bangunkan-projek-perumahan-1.161052
Published: May 19, 2013
Kamil (dua, kanan) serta Hasnal (kanan) meninjau tapak projek
Taman Koptas di Sungai Pusu, Gombak pada majlis upacara pecah tanah tapak projek.
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Selangor, Mohd Kamil Hassan
Hilmi berkata, walaupun baru sembilan bulan ditubuhkan, Koptas mampu
membangunkan kawasan itu dengan harga lot ditawarkan lebih rendah dari
pasaran.
"SKM menggalakkan usaha seperti dilakukan Koptas kerana ia dapat membantu mengembangkan ekonomi masyarakat Bumiputera.
"Setakat ini, koperasi hanya menyumbang satu peratus kepada pembangunan
ekonomi negara dan kami harap jumlah itu meningkat kepada 10 peratus
menjelang 2020,” katanya pada Majlis Pelancaran Pecah Tanah Taman
Koptas, kelmarin.
Mohd Kamil berkata, SKM turut menyediakan geran sehingga RM300,000 dan
memberi pinjaman mudah sehingga RM10 juta kepada koperasi.
Hadir sama pada majlis itu Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzuan,
Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Bhd, Datuk Dr Mohd Ali Baharum dan
Pengerusi Koptas, Datuk Nor Hasnal Hashimi.
Sementara itu, Hasnal berkata, fasa pertama perumahan itu berjaya
menjual 29 lot dan pembangunan tanah itu adalah yang pertama
dilaksanakan Koptas.
“Nilai tanah yang Koptas jual di sini adalah RM33 sekaki persegi dan
harga pasaran antara RM40 hingga RM50 sekaki persegi. Kami juga
merancang membangunkan kawasan bandar berkonsep Arab berdekatan Taman
Koptas itu nanti,” katanya.
No comments:
Post a Comment