Friday, May 17, 2013

KKR1M tambah 27 cawangan

Baling: Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) bakal melebarkan rangkaiannya kepada 27 cawangan ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini berikutan sambutan dan hasrat kerajaan untuk menawarkan kain pada harga rendah bagi membantu rakyat berpendapatan rendah.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KKR1Mtambah27cawangan/Article/index_html
Published: May 17, 2013

Pengarah Urusan KKR1M, Mohd Noor Mohamad Amin berkata, setakat ini tiga cawangan sudah dibuka iaitu di Hulu Langat, Selangor; Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu, Kuala Lumpur; dan Bagan Datoh, Perak pada tahun lalu.

Beliau berkata, dengan rancangan membuka 23 lagi cawangan di seluruh negara selewat-lewatnya akhir tahun ini, rakyat bakal mendapat lebih pilihan kain yang bermutu pada harga rendah.

“Selepas pelancaran KKR1M pertama di Hulu Langat, Selangor oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Julai tahun lalu, KKR1M terus mengorak langkah dengan membuka dua lagi cawangan pada tahun sama.

“Bagaimanapun, cawangan terbaru KKR1M Kota Baling Jaya, Batu 42 Baling, dibuka pada tahun ini sekali gus menjadi kedai pertama dibuka di Kedah,” katanya.

No comments:

Post a Comment