Sunday, May 19, 2013

Permintaan Emas Di China Cecah Rekod Tinggi Dalam Suku-1 2013

BEIJING, 17 Mei (Bernama) -- Penurunan ketara harga emas pada April membawa kepada peningkatan permintaan di China yang mencecah rekod tinggi 60.3 bilion yuan (US$9.8 bilion) pada suku pertama 2013. China Gold Association berkata jualan emas di negara itu meningkat 26 peratus tahun ke tahun bagi paras rekod tinggi baharu.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=950470
Published: May 19, 2013

Semasa tempoh tiga bulan pertama tahun ini, 320.54 tan metrik emas dijual di China berbanding sejumlah 832.18 tan metrik yang dijual sepanjang tahun lepas, demikian lapor gerbang berita kewangan dan perniagaan China, Caixin Online.

Permintaan emas di China catat tempoh kemuncaknya semasa Chinese Spring Festival pada Februari, dengan barang kemas, bar dan syiling menyumbang 95 peratus daripada jumlah jualan.

"Penggunaan syiling berada di kedudukan teratas, dengan jualan meningkat 137 peratus berbanding suku pertama tahun lepas," kata persatuan itu.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment