Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130625/wk_04/Koperasi-Jaringan-Komersial-Melayu-yakin-capai-matlamat
Published: Jun 24, 2013

AHLI-ahli KJKMP bergambar bersama-sama pada majlis perasmian
koperasi berkenaan di Kompleks Kejiranan Precint 9, Putrajaya
Pengerusinya, Ahmad Shamsul Nizam Surib berkata, antara lain kepakaran ahlinya adalah dalam bidang penganjur acara dan promosi program, kontrak penyenggaraan bangunan, katering dan dobi.
Menurutnya, koperasi itu juga ditubuhkan bagi mentransformasikan ahlinya daripada golongan belia sama ada pekerja sektor awam mahupun swasta sebagai usahawan yang lebih berjaya.
Ahmad Shamsul Nizam berkata demikian selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Jaringan Komersial Melayu Putrajaya Berhad yang dihadiri 500 orang ahlinya di Kompleks Kejiranan, Presint 9, di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, kawasan operasi bagi koperasi itu hanya di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kecuali kawasan Bukit Bintang.
No comments:
Post a Comment