Tuesday, June 11, 2013

MDeC latih 340,000 tenaga kerja

Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) meletakkan sasaran untuk melatih sehingga 340,000 individu yang berupaya melaksanakan kerja penyumberan mikro menjelang 2020.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MDeClatih340_000tenagakerja/Article/index_html
Published: Jun 11, 2013

Ketua Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali berkata, program penyumberan mikro itu diwujudkan bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah menjana pendapatan sampingan.

“Program ini antara lain membolehkan mana-mana ahli keluarga melaksanakan kerja secara sambilan dan akan dibayar mengikut kerja yang dilakukan seperti memasukkan data, pemeriksaan harga barangan, penterjemahan atau rekaan,” katanya sempena program penyumberan awam Digital Malaysia di sini, semalam.

Menurutnya, sejak enam bulan diperkenalkan, hampir 500 individu sudah dilatih dan mula bekerja untuk program penyumberan mikro dengan empat syarikat yang mendapat kelulusan daripada kerajaan.

“Keempat-empat syarikat ini mendapat kelulusan daripada kerajaan dan ia dilakukan bagi mengelakkan berlakunya penipuan khususnya apabila membabitkan pembayaran.

“Semua syarikat ini diaudit terlebih dulu bagi memastikan mereka mempunyai operasi dan sistem yang betul serta keupayaan mereka membuat pembayaran,” katanya.

Menurutnya, beberapa syarikat membuat permohonan untuk disenaraikan namun, ia masih dalam pertimbangan panel penilai.

“Walaupun setakat ini hanya empat syarikat diiktiraf kerajaan namun, kami mengalu-alukan lebih banyak syarikat untuk tampil menawarkan peluang sama kerana ia membuka ruang kepada lebih ramai individu menjana pendapatan tambahan,” katanya.

No comments:

Post a Comment