Wednesday, December 12, 2012

Usahawan IKS AIM perlu cemerlang

JERLUN 11 Dis. - Sebanyak 1,920 sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di daerah ini diseru meningkatkan kemampuan pengeluaran produk-produk industri kecil dan sederhana (IKS) bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20121212/wu_04/Usahawan-IKS-AIM-perlu-cemerlang
Published: December 12, 2012


MUKHRIZ Tun Mahathir (kiri) membantu menyediakan bubur asyura ketika 
merasmikan Hari Keluarga AIM di SK Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sahabat AIM yang terdiri daripada para usahawan kecil itu perlu berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti produk-produk mereka untuk bersaing dalam pasaran tempatan.

"Di Jerlun setakat hari ini, AIM telah menyediakan bantuan pinjaman sebanyak RM14 juta kepada penerima yang merupakan usahawan, peniaga, petani dan nelayan," katanya selepas merasmikan hari Keluarga AIM di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Bendahara, Kodiang di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Abu Hassan Sarif dan Naib Ketua Bahagian, Datuk Othman Aziz.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, rata-rata sahabat AIM diberi pinjaman antara RM50,000 hingga RM100,000 seorang untuk membangunkan perniagaan atau sebarang perusahaan.

"Kita harap mereka dapat meningkatkan lagi pendapatan menerusi peningkatan mutu dan hasil pengeluaran masing-masing dari semasa ke semasa," jelas Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu.

No comments:

Post a Comment