Saturday, December 22, 2012

Kuih-Muih Melayu Dipromosi Di Pasar Tani

KUALA TERENGGANU, 22 Dis (Bernama) -- Kuih-muih Melayu mungkin akan menjadi tarikan baru apabila dijual di pasar tani di seluruh negara, kata Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=917196
Published: December 22, 2012

Beliau berkata ia akan menjadi satu produk baharu pasar tani selain barangan harian untuk menarik lebih ramai pengunjung berbelanja di Pasar Tani pada masa depan.

"Kita yakin apabila kuih-muih dijual di pasar tani, ramai pembuat kuih tradisi akan berniaga di situ," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancagan Ekspo Halal 1Malaysia di sini Sabtu.

Ahmad berkata FAMA yakin kuih-muih Melayu boleh dijadikan satu procuk perniagaan yang boleh menjana pendapatan pada masa akan datang.

Beliau berkata buat permulaan, FAMA akan mengadakan promosi untuk mengetengahkan kuih-muih Melayu di pasar tani di seluruh negara dalam masa terdekat ini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment