Tuesday, December 4, 2012

AIM agih RM7.5 bilion untuk 330,000 usahawan

AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) bersedia membantu membangunkan industri kredit mikro di Mindanao, Filipina melalui program latihan serta perkongsian sistem kredit mikro yang digunakan di Malaysia. Pengerusinya, Datuk Amihamzah Ahmad berkata, pihaknya akan menyediakan latihan kredit mikro selama enam bulan kepada pengusaha kecil dan sederhana terutama usahawan wanita di Mindanao bagi membantu meningkatkan status ekonomi sosial di rantau itu.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AIMbantuusahawanMindanao/Article/index_html
Published: December 03, 2012

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121203/ek_02/AIM-agih-RM75-bilion-untuk-330000-usahawan
Published: December 03, 2012

Katanya, AIM juga komited berkongsi kepakaran yang ada dan baru-baru ini pihaknya turut membantu negara kejiranan seperti Brunei dan Indonesia.

“Kami lihat peniaga kecil di Mindanao mempunyai potensi untuk dikembangkan dan AIM mahu memainkan peranan penting dan bekerjasama rapat dengan berkongsi serta menyampaikan apa saja kepakaran sedia ada kami.

“Selain daripada itu, mereka (pihak di Mindanao) juga akan menghantar wakil mereka ke sini untuk mendapatkan latihan dan pengalaman pertama dalam kredit mikro,” katanya kepada pemberita selepas memeterai perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) di Kuala Lumpur.

Hadir sama, Duta Filipina di Malaysia, Jose Eduardo Malaya dan Timbalan Gabenor ARMM, Hadja Bainon Karon.

Amihamzah berkata, di bawah MoU itu, AIM akan menyokong keusahawanan, membasmi kemiskinan dan pada masa yang sama memperkasakan komuniti wanita di sana selain memberi bantuan teknikal kredit mikro.

No comments:

Post a Comment