Friday, June 29, 2012

Minta Angkasa bantu pembangunan wanita, pendidikan

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Published: Jun 28, 2012

Penterjemah bahasa Presiden Guinea, Ismael Nabe menyerahkan 
surat hasrat kerjasama koperasi kepada Mohd. Ali Baharum sambil 
diperhatikan Alpha Conde (belakang, tengah) di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 27 Jun - Kerajaan Guinea mahu mengaplikasikan kaedah dan aktiviti koperasi yang dilaksanakan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di negara itu secepat mungkin.
Presidennya, Prof. Alpha Conde berkata, beliau yakin kejayaan Angkasa dalam bidang ekonomi dan sosial di negara ini boleh membantu negara itu khususnya dalam pembangunan wanita dan pendidikan.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau berharap Angkasa dapat menghantar tenaga pakar ke Guinea tersebut untuk melaksanakan program koperasi yang telah dilaksanakan di negara ini.

"Saya percaya koperasi dapat membantu mempercepatkan pembangunan sesebuah negara termasuk di Guinea terutama dalam pembangunan sistem pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani surat hasrat kerjasama koperasi antara kerajaannya dan Angkasa yang diwakili Presiden Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum di sini hari ini.

Sebelum itu, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan mengenai kerjasama berkenaan yang turut dihadiri Menteri Kerjasama Antarabangsa Guinea, Dr. Koutoub Moustapha Sano; Menteri Kerjasama Guinea, Fatoumata Balde; Naib Presiden Angkasa, Kamaruddin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Angkasa, Nasir Khan Yahaya.

Menurut Conde, kira-kira 65 peratus rakyatnya buta huruf terutamanya di kalangan wanita dan penduduk luar bandar.

Katanya, beliau berharap kerjasama erat dengan Malaysia terutama dalam bidang koperasi dapat mengatasi masalah itu apatah lagi kedua-dua negara merupakan negara Islam.

Dalam pada itu, Conde berkata, walaupun sistem koperasi di Guinea kurang berjaya namun ia telah dilaksanakan dalam bidang pertanian.

"Kami menyasarkan aktiviti koperasi dalam bidang pertanian khususnya di kawasan pedalaman dan memperhebatkannya selepas 2010," katanya.

Pada masa sama, menurut Conde, Guinea juga sedang berusaha memulihkan keyakinan pelabur terutama syarikat Malaysia untuk menanam modal di negara itu.

"Kami tahu ada syarikat Malaysia yang telah melabur di negara kami sebelum ini, namun mereka telah melalui pengalaman buruk sebelum 2010.

"Maka, kami ingin memberi keyakinan semula kepada mereka yang mana di bawah pemerintahan demokrasi sekarang, Guinea lebih selamat," katanya.

Sementara itu, Mohd. Ali berkata, Angkasa akan membantu Guinea melalui tiga produknya yang paling berjaya iaitu koperasi sekolah, koperasi kariah masjid dan skim potongan berjadual Angkasa.

Katanya, perbincangan lanjut akan diadakan bagi membolehkan Angkasa melaksanakan programnya di negara tersebut.

"Angkasa juga akan menghantar beberapa pegawai ke Guinea bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bidang-bidang yang boleh kami terokai," katanya.

Pos Malaysia tawar pajak gadai Islam

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pos-malaysia-tawar-pajak-gadai-islam-1.61448

Published: Jun 28, 2012

emas
Sekadar gambar hiasan.
 
KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) dan Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) hari ini menandatangani perjanjian perkongsian strategik untuk menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) kepada orang ramai di cawangan-cawangan Pos Malaysia yang terpilih di seluruh negara.

Ketua Eksekutifnya, Khalid Abdol Rahman, berkata sebagai permulaan, perkhidmatan ArRahnu@POS akan beroperasi di Pos Malaysia Bandar Baru Bangi dan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu bulan depan.

Perkhidmatan ini akan diperluas beransur-ansur ke 50 cawangan Pos Malaysia dalam tempoh setahun, katanya, sambil menambah bahawa sistem pajak gadai Islam akan diuruskan oleh anak syarikat Pos Malaysia, Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd.

"Memandangkan permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan Ar-Rahnu, cawangan-cawangan Pos Malaysia yang terletak di lokasi strategik akan memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk menjalankan transaksi Ar-Rahnu," katanya dalam satu kenyataan.

Kewujudan ArRahnu@POS akan meningkatkan tawaran produk di cawangan-cawangan Pos Malaysia selain menawarkan kemudahan kredit mikro alternatif kepada orang ramai dan usahawan kecil yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan daripada bank, katanya.

Sementara itu, kenyataan itu juga menyebut bahawa Koperasi Pos Nasional Bhd telah memberikan hak pajak gadai Islamnya kepada Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd di bawah satu perjanjian kerjasama antara kedua-dua pihak.

Di bawah perjanjian itu, perkhidmatan Ar-Rahnu akan disediakan di cawangan-cawangan Pos Malaysia selama tiga tahun.- Bernama 

Khidmat Ar-Rahnu di Pos Malaysia

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KhidmatAr-RahnudiPosMalaysia/Article/index_html

Published: Jun 28, 2012

POS Malaysia Bhd (Pos Malaysia) dan Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB) menandatangani perjanjian perkongsian strategik untuk menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) kepada orang ramai di cawangan Pos Malaysia terpilih di seluruh negara.

Ketua Eksekutifnya, Khalid Abdol Rahman berkata, sebagai permulaan, perkhidmatan ArRahnu@POS akan beroperasi di Pos Malaysia Bandar Baru Bangi dan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu bulan depan.

“Perkhidmatan ini akan diperluas beransur-ansur ke 50 cawangan Pos Malaysia dalam tempoh setahun,” katanya sambil menambah bahawa sistem pajak gadai Islam akan diuruskan anak syarikat Pos Malaysia, Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd.

Menurutnya, memandangkan permintaan yang semakin meningkat bagi perkhidmatan Ar-Rahnu, cawangan Pos Malaysia yang terletak di lokasi strategik akan memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk menjalankan transaksi Ar-Rahnu.

Tan: Lebih 200 orang mohon buka KR1M

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tan-lebih-200-orang-mohon-buka-kr1m-1.61328

Published: Jun 28, 2012

KUALA LUMPUR - Model ketiga pelaksanaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang memberi tawaran kepada orang ramai membuka dan mengelolakan operasi KR1M mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menerima 201 permohonan  apabila tawaran itu ditutup pada 31 Mac lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK), Datuk Tan Lian Hoe berkata daripada jumlah itu 53 permohonan telah disenarai pendek termasuk enam dari Sabah dan 14 dari Sarawak.

Menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad (BN-Sipitang) ketika sesi soal jawab Tan berkata sejak dilancarkan Jun tahun lepas sambutan rakyat terhadap KR1M adalah amat baik.

"Ini diterjemahkan melalui jualan sehari iaitu antara RM10,000 hingga RM12,000 setiap outlet dan nilai jualan harian tertinggi pernah dicatat melebihi RM40,000 oleh KR1M di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Ini jelas membuktikan sambutan rakyat terhadap inisiatif yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 22 Jun tahun lepas di Stesen LRT Kelana Jaya, KR1M yang diuruskan oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad dengan kerjasama kerajaan menawarkan lebih 250 barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.
 
Tan berkata sehingga kini, 33 KR1M telah beroperasi dan KPDNKK menyasarkan 52 kedai lagi akan dibuka di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Bagi memenuhi permintaan penduduk Sabah dan Sarawak beliau juga memaklumkan sebuah KR1M akan dibuka di Kota Padawan, Kuching, Sarawak dan Inanam di Sabah pada penghujung bulan ini.

Tan juga memberi jaminan kerajaan akan sedaya upaya memastikan harga produk atau barangan yang dijual di KR1M di Sabah dan Sarawak adalah seragam dengan harga di KR1M di Semenanjung walaupun kos penghantaran barangan ke negeri itu adalah lebih tinggi.

"Jadi, dalam hal ini disebabkan pihak KPDNKK ada menjalankan program penyeragaman harga, maka beberapa barangan ini boleh dimasukkan supaya harganya dapat dikekalkan serendah seberapa yang boleh," katanya.- Bernama

Konsep peruncitan baru KLIA2 dapat sambutan

KONSEP peruncitan inovatif yang diketengahkan untuk ruang perniagaan komersial di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) mendapat sambutan baik apabila menerima maklum balas daripada 1,600 pengendali.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KonsepperuncitanbaruKLIA2dapatsambutan/Article/index_html
Published: Jun 28, 2012

Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Komersial, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Faizah Khairuddin berkata, proses tender yang dibuka tahun lalu mendapat sambutan baik di kalangan pengendali perniagaan termasuk daripada sektor makanan dan minuman (F&B) serta perkhidmatan.

“Kami mula membuka tender untuk lot komersial ini dalam empat fasa berbeza dengan fasa pertama dibuka pada Disember tahun lalu.

“Fasa ini memberi pendapatan tambahan 80 peratus kepada MAHB dan kebanyakan pengendali juga bersedia membayar sewa lebih tinggi apabila ketika awal proses tender anggaran sewaan adalah daripada RM300 satu kaki persegi sebulan hingga RM1,050 satu kaki persegi namun, ada pengendali sanggup membayar RM2,000 sebulan,” katanya.

Thursday, June 28, 2012

Ar-Rahnu a key part of Pos Malaysia’s transformation

ISLAMIC pawn broking, otherwise known as Ar-Rahnu, is a concept not altogether familiar among the masses but that may change when Pos Malaysia Bhd rolls out the service at its 700 plus outlets nationwide.
After hinting two weeks ago that Ar-Rahnu was one of the businesses it would be launching “very soon”, the postal company on Monday took the wrapping off its new financial product.

Source from (The Star Online): http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/27/business/11555895&sec=business
Published: Jun 27, 2012

At a briefing with analysts and the media on June 14, group chief executive officer Datuk Khalid Abdol Rahman had unveiled an aggressive five-year strategic plan that aimed to achieve double digit growth in revenue every year till 2017, significantly improve its current pre-tax margins of 12%, and explore new mergers and acquisitions opportunities.

A key thrust of the plan was to leverage on the group's extensive network of branches scattered across not only the state capitals and major towns, but also in small towns and rural areas.

At the same time, it wants to become a provider of one stop solutions for both physical and digital services.
The firm also stressed that it was trying to reduce its dependency on the core mail business, which made up 62% of its revenue in the 15 months ended March 31, to below 40% by end-2017.

The company reaped RM138.8mil in net profit on revenue of RM1.48bil during that period. It has changed its financial year end to March 31 from December 31 previously.

As it enters the second phase of its transformation, the group is looking to diversify its earnings base, whether through digital avenues, expanding its delivery channels and even providing supply chain management to third party companies.
For its Islamic pawn broking arm, Pos Malaysia will acquire a shelf company known as Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd to be used as the operating entity, which is a 80:20 joint venture (JV) between itself and Bank Muamalat Malaysia Bhd.

The two are essentially sister companies courtesy of their common majority shareholder, the Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary-controlled DRB-Hicom Bhd, which has a 70% stake in Bank Muamalat and 32.2% in Pos Malaysia.
The JV will have an authorised share capital of RM20mil with the funding to be raised from financial institutions.

This may include Bank Muamalat, but shall be based on “the most favourable terms to the JV company,” Pos Malaysia said in a statement to the stock exchange.
It added that Pos Ar-Rahnu's principle activity would be the safekeeping of precious items, and it would, based on syariah principles, be able to lend money, negotiate loans; draw, accept, indorse and discount bills of exchange, promissory notes or other securities; act as auctioneer or dealers in gold, silver, precious stones, jewellery, coins and medals; and act as commission agents and general merchant.

“The collaboration would enhance the product offering at Pos Malaysia outlets, besides providing an alternative to distribute micro credit convenience to small time entrepreneurs who have difficulty to obtain financing from banks,” it said, adding that the company's existing network throughout the country was a crucial factor that would enable it to lower operating costs, spread the risk and generate higher returns.
Ar-Rahnu, where valuables such as gold or jewellery are offered as collateral for debt, is considered a source of short-term funds more commonly used by the lower income segment and small businesses who, by virtue of their backgrounds, are typically denied access to mainstream financiers.

Under this system, the creditor and borrower agree to a specific loan tenure, and if the latter fails to pay back his due after the stipulated time, the pawned asset is sold off to settle the debt, with any surplus returned to the owner.

In line with the religion's ban on interest, borrowers pay a safekeeping fee instead of a compounding interest, and this fee is based on the value of the asset rather than the loan itself.
It is for this reason that Ar-Rahnu is generally seen as the more cost-effective option for those with limited capital.

“We believe Pos Ar-Rahnu can be a sizeable business as it will leverage on Pos Malaysia's 700 outlets,” OSK Research said in a note to clients.

“This is based on the success of the existing Ar-Rahnu Pawn Broking Scheme currently provided via Agro Bank and Bank Rakyat, which have a much smaller network of 176 and 136 branches respectively nationwide.

“We think the Ar-Rahnu business will boost PosNiaga's earnings since there could be plenty of low-hanging fruits arising from the difficulties faced by small-time entrepreneurs in obtaining financing from banks in rural areas.”

Guinea mahu Angkasa bantu pembangunan wanita dan pendidikan

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_29.htm

Published: Jun 27, 2012

KUALA LUMPUR 27 Jun - Republik Guinea mahu mengaplikasikan kaedah dan aktiviti koperasi yang dilaksanakan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) ke negara berkenaan secepat mungkin.

Presidennya, Prof. Alpha Conde yakin kejayaan Angkasa dalam bidang ekonomi dan sosial di negara ini boleh membantu negara itu khususnya dalam pembangunan wanita dan pendidikan.
Sehubungan itu, beliau mahu Angkasa menghantar tenaga pakarnya ke Guinea untuk melaksanakan program yang telah dilaksanakan di negara ini.

``Saya percaya koperasi dapat membantu mempercepatkan pembangunan sesebuah negara terutama dalam pembangunan sistem pendidikan,’’ katanya selepas menandatangani surat hasrat kerjasama koperasi antara kerajaannya dan Angkasa yang diwakili oleh Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum oleh di sini hari ini. - UTUSAN

Ar-Rahnu a key part of Pos Malaysia’s transformation

Source from (The Star Online): http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/27/business/11555895&sec=business

Published: Jun 27, 2012
Behind The News - By John Loh

ISLAMIC pawn broking, otherwise known as Ar-Rahnu, is a concept not altogether familiar among the masses but that may change when Pos Malaysia Bhd rolls out the service at its 700 plus outlets nationwide.
After hinting two weeks ago that Ar-Rahnu was one of the businesses it would be launching “very soon”, the postal company on Monday took the wrapping off its new financial product.

At a briefing with analysts and the media on June 14, group chief executive officer Datuk Khalid Abdol Rahman had unveiled an aggressive five-year strategic plan that aimed to achieve double digit growth in revenue every year till 2017, significantly improve its current pre-tax margins of 12%, and explore new mergers and acquisitions opportunities.

A key thrust of the plan was to leverage on the group's extensive network of branches scattered across not only the state capitals and major towns, but also in small towns and rural areas.

At the same time, it wants to become a provider of one stop solutions for both physical and digital services.
The firm also stressed that it was trying to reduce its dependency on the core mail business, which made up 62% of its revenue in the 15 months ended March 31, to below 40% by end-2017.

The company reaped RM138.8mil in net profit on revenue of RM1.48bil during that period. It has changed its financial year end to March 31 from December 31 previously.

As it enters the second phase of its transformation, the group is looking to diversify its earnings base, whether through digital avenues, expanding its delivery channels and even providing supply chain management to third party companies.

For its Islamic pawn broking arm, Pos Malaysia will acquire a shelf company known as Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd to be used as the operating entity, which is a 80:20 joint venture (JV) between itself and Bank Muamalat Malaysia Bhd.

The two are essentially sister companies courtesy of their common majority shareholder, the Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary-controlled DRB-Hicom Bhd, which has a 70% stake in Bank Muamalat and 32.2% in Pos Malaysia.

The JV will have an authorised share capital of RM20mil with the funding to be raised from financial institutions.

This may include Bank Muamalat, but shall be based on “the most favourable terms to the JV company,” Pos Malaysia said in a statement to the stock exchange.

It added that Pos Ar-Rahnu's principle activity would be the safekeeping of precious items, and it would, based on syariah principles, be able to lend money, negotiate loans; draw, accept, indorse and discount bills of exchange, promissory notes or other securities; act as auctioneer or dealers in gold, silver, precious stones, jewellery, coins and medals; and act as commission agents and general merchant.

“The collaboration would enhance the product offering at Pos Malaysia outlets, besides providing an alternative to distribute micro credit convenience to small time entrepreneurs who have difficulty to obtain financing from banks,” it said, adding that the company's existing network throughout the country was a crucial factor that would enable it to lower operating costs, spread the risk and generate higher returns.

Ar-Rahnu, where valuables such as gold or jewellery are offered as collateral for debt, is considered a source of short-term funds more commonly used by the lower income segment and small businesses who, by virtue of their backgrounds, are typically denied access to mainstream financiers.

Under this system, the creditor and borrower agree to a specific loan tenure, and if the latter fails to pay back his due after the stipulated time, the pawned asset is sold off to settle the debt, with any surplus returned to the owner.

In line with the religion's ban on interest, borrowers pay a safekeeping fee instead of a compounding interest, and this fee is based on the value of the asset rather than the loan itself.

It is for this reason that Ar-Rahnu is generally seen as the more cost-effective option for those with limited capital.

“We believe Pos Ar-Rahnu can be a sizeable business as it will leverage on Pos Malaysia's 700 outlets,” OSK Research said in a note to clients.

“This is based on the success of the existing Ar-Rahnu Pawn Broking Scheme currently provided via Agro Bank and Bank Rakyat, which have a much smaller network of 176 and 136 branches respectively nationwide.

“We think the Ar-Rahnu business will boost PosNiaga's earnings since there could be plenty of low-hanging fruits arising from the difficulties faced by small-time entrepreneurs in obtaining financing from banks in rural areas.”

Wednesday, June 27, 2012

POS Malaysia ceburi pajak gadai Islam

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/POSMalaysiaceburipajakgadaiIslam/Article

Published: Jun 26, 2012
Oleh Shahrizan Salian

Syarikat kuasai 80 peratus kepentingan usaha sama BMMB

POS Malaysia Bhd yang sedang melaksanakan program transformasi dalam perniagaannya akan menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam, Ar-Rahnu secara usaha sama dengan Bank Muamalat Malaysia (BMMB).

Bagi melaksanakan perkhidmatan itu, ia membeli keseluruhan ekuiti sebuah syarikat tidak aktif, Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd, sebelum ini dikenali Bright Emerald Sdn Bhd, yang akan digunakan sebagai syarikat usaha sama dengan BMMB. 

POS Malaysia akan menguasai 80 peratus kepentingan dalam syarikat usaha sama itu, manakala BMMB menguasai bakinya.
POS Malaysia berkata, rasional utama kerjasama itu adalah untuk meningkatkan lagi tawaran pro-duk di cawangan pejabat pos miliknya.

“Pada masa sama, kerjasama itu akan menyediakan alternatif untuk mengagihkan kemudahan kredit mikro kepada perusahaan kecil yang berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan daripada bank,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, semalam.

Kenyataan itu menambah, syarikat usaha sama berkenaan memanfaatkan rangkaian dan infrastruktur POS Malaysia di seluruh negara.

“Justeru, kos operasi akan dapat dikurangkan menerusi perkongsian infrastruktur dan kos operasi yang lebih rendah membolehkan syarikat usaha sama itu menjana pulangan lebih tinggi daripada perniagaan terbabit,” katanya.
POS Malaysia berkata, dengan rangkaian meluas kira-kira 700 cawangan pejabat pos yang dimilikinya ketika ini, syarikat usaha sama itu juga berpotensi meneroka rancangan pengembangan agresif perniagaan Ar-Rahnu di beberapa lokasi strategik.

“Cawangan POS Malaysia bukan saja terletak di ibu negeri dan bandar utama, malah di bandar kecil dan kawasan luar bandar. Justeru, menyediakan peluang kadar penembusan lebih tinggi yang masih belum dieksploitasi syarikat lain di beberapa lokasi,” katanya.

Pembiayaan bagi operasi syarikat usaha sama itu, kata POS Malaysia akan terlebih dulu dijananya menerusi pembiayaan institusi kewangan, yang mungkin termasuk BMMB, namun ia bergantung kepada terma paling sesuai kepada Pos Ar-Rahnu.

Pos Ar-Rahnu ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 30 Mac lalu mempunyai modal saham RM100,000 yang terdiri daripada 100,000 saham biasa bernilai RM1 sesaham.

Kios salamfone di pejabat pos

SALAMFONE Sdn Bhd (salamfone), penyedia perkhidmatan telefon mudah alih pertama di dunia berasaskan syariah yakin sasaran 100,000 pelanggan menggunakan perkhidmatannya menjelang akhir tahun ini tercapai berdasarkan peningkatan jualannya sejak awal tahun lalu.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kiossalamfonedipejabatpos/Article/index_html
Published: Jun 26, 2012

Pengurus Jualan Serantaunya, Kamarul Ariffin Ramly berkata, sejak diperkenalkan April tahun lalu, sebanyak 80,000 dengan 15,000 daripadanya sudah mengaktifkan perkhidmatan prabayar untuk gaya hidup Islam itu.

Beliau berkata, bagi memperkenalkan rangkaian salamfone kepada orang ramai, pihaknya bekerjasama dengan dengan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia).

“Setakat ini, kami sudah membuka kios di 700 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara.

“Alhamdullillah, strategi kami berjaya meningkatkan hasil jualan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, semalam.

Hampir 90 peratus koperasi bergerak aktif

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/hampir-90-peratus-koperasi-bergerak-aktif-1.60916

Published: Jun 26, 2012

KUALA LUMPUR - Hampir 90 peratus atau 8,385 daripada 9,516 koperasi yang didaftarkan di negara ini bergerak aktif sehingga ada yang mampu membayar dividen kepada anggotanya,  persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata sehingga Mei lepas sebanyak 498 koperasi telahpun membayar dividen kepada anggotanya bagi tahun kewangan 2011.

"Masih ada lagi koperasi yang belum menyelesaikan laporan audit untuk tahun lepas, dijangka selesai melakukan pengauditan bulan depan. Bila audit selesai, bilangan koperasi yang  bayar dividen dijangka bertambah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Mohd Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang bertanya tentang bilangan koperasi yang berdaftar dan aktif di negara ini dan juga bilangan koperasi yang memberikan dividen pada tahun lepas.

Menjawab soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) beliau berkata daripada jumlah koperasi didaftarkan, 92 peratus daripadanya berada dalam kategori koperasi kecil dan mikro yang mempunyai perolehan kurang RM1 juta setahun.

Katanya enam peratus terdiri daripada kumpulan koperasi sederhana yang memperolehi perolehan lebih RM1 juta dan kurang RM5 juta manakala dua peratus terdiri daripada kumpulan koperasi besar dengan perolehan lebih RM5 juta setahun.

Rohani berkata Bank Rakyat merupakan koperasi paling berjaya setakat ini dengan pulangan dividen kira-kira 20 peratus setahun.

"Kita harap dapat mencapai sasaran koperasi menyumbang lima peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam negara Kasar) bagi tahun depan dan 10 peratus menjelang 2020," katanya. - Bernama

Perolehan perniagaan RM700 juta

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm

Published: Jun 26, 2012
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Adnan Yaakob menyampaikan replika cek kepada Koperasi Sekolah 
Menengah Kebangsaan Jengka 10 Maran Pahang Berhad sempena 
Sambutan Hari Koperasi Negara 2012 peringkat negeri di Maran, kelmarin.

KUALA KRAU 25 Jun - Koperasi di negeri ini diyakini mampu mencatat perolehan perniagaan sebanyak RM700 juta pada tahun ini seperti yang telah disasarkan sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pada tahun lalu jumlah perolehan yang dicatatkan oleh 683 buah koperasi di negeri ini ialah RM658 juta.

Menurut beliau, dari segi jumlah keanggotaan pula, seramai 283,652 orang telah menganggotai 683 koperasi di negeri ini dengan aset bernilai RM899 juta sehingga akhir tahun lalu.

''Jumlah itu didapati meningkat berbanding tahun sebelum ini, sekali gus menunjukkan sambutan masyarakat terhadap konsep koperasi semakin menggalakkan apabila proses penubuhannya dipermudahkan.

''Dulu syarat menubuhkan koperasi perlu mempunyai minimum seramai 100 ahli tetapi sekarang dengan 50 orang sahaja dan koperasi juga boleh ditubuhkan walaupun dari kalangan ahli keluarga,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Sambutan Hari Koperasi Negara 2012 peringkat negeri di Dewan Balora Mastika Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad; Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Timbalan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Sektor Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKMM), Jafar Muhayat.

Tambah Adnan, sambutan Hari Koperasi tahun ini bertemakan 'Koperasi Penggerak Transformasi Negara' bermakna mereka perlu bergerak secara holistik bagi menjana peluang perniagaan.

''Tambahan pula ketika ini peluang perniagaan terbuka luas dalam sektor pertanian, ternakan, perkhidmatan dan perindustrian yang boleh direbut melalui koperasi,'' ujarnya.

Tuesday, June 26, 2012

Koperasi Telekom bayar dividen 7.25%

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm

Published: Jun 25, 2012

LANGKAWI 24 JUN - Koperasi Telekom Malaysia Berhad (Kota Mas) mengumumkan dividen 2011 sebanyak 7.25 peratus.

Pembayaran dividen itu melibatkan pengagihan berjumlah RM6.6 juta kepada 18,500 anggotanya.

Pengerusi Kota Mas, Ismail Nordin berkata, dividen itu meningkat sebanyak RM600,000, berbanding pembayaran tahun lepas sebanyak RM 6 juta. - BERNAMA

Koperasi Telekom umum dividen 7.25 peratus.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KoperasiTelekomumumdividen7_25peratus_/Article

Published: Jun 25, 2012

Koperasi Telekom Malaysia Bhd mengumumkan dividen 2011 sebanyak 7.25 peratus.

Pembayaran dividen itu membabitkan pengagihan berjumlah RM6.6 juta kepada 18,500 ahlinya. 

Pengerusinya, Ismail Nordin, berkata dividen itu meningkat RM600,000 berbanding pembayaran tahun lalu iaitu RM6 juta.

"Pembayaran dividen kali keenam berturut-turut ini berdasarkan pencapaian kewangan cemerlang koperasi berkenaan," katanya pada sidang media selepas perasmian mesyuarat agung perwakilannya oleh senator Abdul Shukor Sultan mewakili Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Mat Isa Sabu di Langkawi, semalam.

Menurut Ismail keuntungan bersih koperasi tahun lalu meningkat 2.44 peratus pada RM8.8 juta berbanding RM8.6 juta pada 2010.

Katanya, keuntungan meningkat hasil sumbangan perniagaan Ar-Rahnu diceburi Kota Mas sejak Jun 2011, di samping pengendalian program dan kursus latihan, agensi pelancongan, barangan elektrik dan pengguna yang menjadi sumber pendapatan teras sebelum ini.

Sementara itu, Abdul Shukor dalam ucapan perasmiannya berkata, koperasi perlu lebih produktif, kreatif, inovatif dan cekap menghadapi cabaran bagi memenuhi tuntutan ahli.

Pembabitan koperasi dalam bidang ekonomi bernilai tinggi terutama aktiviti yang memberi nilai tambah boleh menjana kekayaan kepada koperasi dan membantu pembangunan negara, kata Abdul Shukor.

Beliau yakin koperasi berkenaan yuran terkumpul melebihi RM98 juta serta mempunyai aset bernilai RM123 juta, mampu berkembang lebih pesat. – BERNAMA

Dividen 14% Koperasi Tentera

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0625&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_04.htm

Published: Jun 25, 2012

KUALA LUMPUR 24 Jun - Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd. hari ini mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 14 peratus atau RM110 juta bagi tahun kewangan 2011 kepada ahli-ahlinya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengagihan itu berikutan pencapaian prestasi koperasi yang memberangsangkan apabila mencatat keuntungan sebanyak RM212 juta pada tahun lalu berbanding RM159 juta (2010).

''Kejayaan itu sekali gus memperlihatkan koperasi telah berjaya mengumpul aset bernilai lebih RM2 bilion pada tahun lalu dengan jumlah ahli kira-kira 144,000 orang di samping meletakkan koperasi tentera sebagai yang berjaya.

''Justeru, kita menjangkakan pada 2015 aset akan meningkat kepada RM3 bilion dan menjelang 2020 mencapai sebanyak RM10 bilion. Ini akan menjadikan koperasi tentera sebagai yang paling berjaya selain Bank Rakyat (Bank Kerjasama Rakyat),'' katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Tentera Ke-47 di sini.

Pada majlis itu, turut berlangsung pemilihan tiga Ahli Lembaga Koperasi Tentera Malaysia yang baru bagi sesi 2012/2013.

Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Pengerusi Koperasi Tentera, Brigedier Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar.

Ahmad Zahid seterusnya menyarankan kepada pihak pengurusan supaya memperluaskan skop perkhidmatan dan aktivitinya kerana langkah itu boleh membawa keuntungan kepada pendapatan ahli dan koperasi.

Dalam hubungan itu, beliau memuji usaha terbaru pihak pengurusan koperasi apabila menceburi industri sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu dengan membuka tiga cawangan iaitu di Kota Bharu, Kelantan; Kluang, Johor dan Sungai Besi, Kuala Lumpur menjelang penghujung tahun ini.

Terdahulu, semasa berucap, beliau menyeru anggota tentera agar terus memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyifatkannya sebagai pemimpin yang tidak pernah terlepas mengambil berat soal kebajikan tentera.

''Insya-Allah kalau Perdana Menteri kita terus menjadi pemimpin selepas pilihan raya ini, saya yakin akan ada pengumuman luar biasa untuk anggota tentera,'' katanya.

Pada majlis itu, koperasi turut memberi sumbangan berbentuk cek pampasan kematian, cek pampasan kecederaan dan bantuan alat perubatan kepada empat ahli keluarga anggota tentera.

Saturday, June 23, 2012

Dinar: Kerajaan Kelantan diminta beri penjelasan

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/dinar-kerajaan-kelantan-diminta-beri-penjelasan-1.58733

Published: Jun 22, 2012

KOTA BAHARU - Kerajaan PAS Kelantan telah diminta untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu urus niaga dinar dan dirham yang kini menjadi isu di negeri itu.
 
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata penjelasan adalah perlu bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri tersebut di dalam pelaksanaan urus niaga di pasaran yang telah menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat.
 
"Ia untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat yang tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai perkara itu terutama apabila iannya sudah menjadi isu selepas beberapa laporan polis dibuat berhubung perkara berkenaan," katanya kepada pemberita pada majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Mahsiswa dan Malam Pra Graduan 2012 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam tadi.
 
Turut hadir ialah Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof Madya, Dr Mohd Shukri Omar.
 
Laporan media semalam melaporkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah mendesak kerajaan Kelantan supaya menggantung urus niaga dinar dan dirham bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap apa yang didakwa sebagai berlaku 'skandal mata wang syariah' di negeri ini.

Mereka juga meminta Datuk Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri menjelaskan mengenai isu itu.
 
Isu berkenaan timbul selepas tiga laporan polis dibuat terhadap dakwaan berlaku salah laku yang membabitkan seorang daripada pegawai kanan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) iaitu sebuah syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)
 
Ketiga-tiga laporan polis itu dibuat oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad pada 31 Jan lepas, seorang pelabur Jepun, Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis, Mohamed Esfih pada 1 Jun.
 
Terdahulu dalam ucapanya, Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu meminta pelajar supaya mensyukuri nikmat pembangunan yang diberikan melalui institusi pendidikan itu.
 
Katanya kerajaan membelanjakan kira-kira RM3 bilion setahun untuk membiayai kira-kira 200,000 pelajar UiTM di seluruh negara di mana bagi setiap pelajar, kerajaan membelanjakan RM15,000. - Bernama

Friday, June 22, 2012

Another windfall for KPF members

Source from (Business Times): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/pilda/Article/

Published: Jun 21, 2012
By Ahmad Farizal Hajat

KUALA LUMPUR: Koperasi Permodalan Felda Bhd (KPF) members who are mostly Felda settlers and staff, are getting another windfall.

This time it is in the form of an 18 per cent dividend worth a total payout of RM338 million, KPF officials said.

The payment will be made twice. The first 10 per cent dividend involving RM188 million payout will be paid on July 2, while the balance of 10 per cent, or RM150 million, will be made in September after getting approval from the Cooperative Commission.

The dividend was announced by KPF during its annual general meeting here yesterday.

A KPF spokesperson said the dividend came from the profits made by KPF especially its investments in Felda companies, as well as investment portfolio and earnings from share acquisitions in the financial year 2011.

"All KPF members will get the dividend payments for the financial year 2011 by the end of September," the spokesperson told Berita Ha-rian yesterday.

On the KPF board, the spokesperson said only new directors were appointed during the meeting. The posts of chairman. secretary and treasurer were vacant for the time being.

"According the cooperative's bylaws, typical during the AGM, all board posts are void and new elections are to be carried out based on nominations and votes.

"As there was no nomination made by KPF members for the reelection of Datuk Dzulkifli Abd Wahab (as chairman), Abidin Abd Rahman (secretary) dan Suhaimi Zainuddin (treasurer), all three posts are vacant for now."

The spokesperson added that the posts will be filled at the new KPF board's first meeting one month from now.

The spokesperson also said Felda chairman Tan Sri Isa Samad, who was tipped to be the new KPF chairman, had not been nominated for the post in line with his temporary suspension as a KPF member by the High Court.

Wednesday, June 20, 2012

Moccis - RM4.5j setahun

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM4_5jsetahun/Article/index_html

Published: Jun 19, 2012
Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my

KOPERASI Pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis) menyasar perolehan RM4.5 juta setahun disumbangkan daripada perkhidmatan pinjaman peribadi Al-Aslah dengan peruntukan pinjaman RM50 juta setahun.

Pengurus Besarnya, Khairul Zamri Jamal berkata, sehingga suku pertama tahun ini, jumlah pinjaman yang diagihkan hanyalah sekitar 28 peratus, kira-kira RM15 juta berbanding RM54 juta yang diperuntukkan.

“Moccis menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan kerajaan, badan berkanun atau swasta yang layak dengan jumlah pinjaman sehingga RM200,000 dengan kadar faedah antara 4.9 dan 5.9 peratus. Kadar pembiayaan sehingga 97 peratus dari jumlah permohonan tertakluk kepada syarat perjanjian.

“Kami mempunyai sejumlah peruntukan iaitu RM54 juta dan baki untuk diagihkan RM39 juta. Bagi yang berminat hanya perlu menjadi ahli koperasi dengan pendaftaran RM10 sebelum membuat permohonan,” katanya yang ditemui ketika Majlis Memberi Sumbangan kepada Asrama Darul Falah Perkim (ASDAF) di ibu negara, semalam.

Menurut Khairul, selain menawarkan skim pembiayaan peribadi, Moccis juga bakal membuka rangkaian pajak gadai Ar-Rahnu yang ketiga di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor bagi menyediakan kemudahan pinjaman kewangan segera kepada orang ramai.

“Sebelum ini kami mempunyai dua cawangan di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur dan Mantin, Negeri Sembilan dengan perolehan sekitar RM1.7 juta sebulan. Kami mengunjurkan perolehan meningkat kepada RM2.1 juta dari ketiga-tiga rangkaian Ar-Rahnu pada akhir tahun ini. Nilai gadaian sehingga kini mencecah RM15 juta dengan purata gadaian 400 orang sebulan bagi kedua-dua rangkaian itu,” katanya yang kini beroperasi di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur.


Ahli Moccis kini seramai 8,500 dan koperasi itu menyasar untuk menambah ahli kepada 10,000 menjelang penghujung tahun ini.

“Operasi kami kini lebih agresif ke arah menjadikan Moccis sebagai koperasi yang pertama mendapatkan pensijilan ISO 9001:2008 tahun ini. Ini bagi menaikkan imej Moccis untuk menjadi 100 koperasi terbaik di Malaysia,” katanya.

Tuesday, June 19, 2012

Konsortium koperasi bakal ditubuhkan

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/konsortium-koperasi-bakal-ditubuhkan-1.57443

Published: Jun 18, 2012

BERA - Sebuah konsortium koperasi negara bakal ditubuhkan bagi membolehkan koperasi lebih berdaya maju dan dapat melaksanakan projek perniagaan berskala besar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ianya juga secara tidak langsung memudahkan bagi kerajaan untuk memberikan pinjaman modal dan menyediakan peluang-peluang perniagaan yang lebih banyak.

"Kita berharap konsortium itu dapat ditubuhkan menjelang akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Peneroka Felda Sebertak, di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada 9,000 buah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sejumlah 100 buah koperasi disenaraikan sebagai koperasi maju dan berdaya saing.

"Salah sebuah daripadanya adalah Koperasi Peneroka Felda Sebertak yang menduduki ranking ke-19 dalam kalangan koperasi maju di negara ini," katanya.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bera berkata kerajaan bukan sahaja bersedia memberikan pinjaman mudah tanpa cagaran dan penjamin kepada koperasi, malah bersedia memberikan peluang-peluang perniagaan besar jika ternyata koperasi terbabit mampu mengendalikan projek-projek besar.

"Di Singapura misalnya, kira kira 70 peratus daripada barang-barang keperluan termasuk makanan dan lain-lain dimonopoli dan pembekalannya dilakukan oleh pihak koperasi.

"Kejayaan koperasi bertindak sebagai pembekal disebabkan ahli serta rakyat negara terbabit memberikan sokongan padu kepada koperasi terbabit.

Terdahulu ketika merasmikan Kedai 1Malaysia Koperasi Kariah Masjid Fikri Daerah Bera, Ismail Sabri berkata sekiranya 6,600 buah masjid di seluruh negara menubuhkan koperasi di kariah masing-masing, ianya dilihat mampu menguasai bidang perniagaan tertentu.

"Setakat ini sebanyak 300 buah daripada bilangan masjid tersebut sudahpun menubuhkan koperasi kariah masjid yang menjalankan perniagaan pembekalan peralatan masjid termasuk kitab dan lain-lain dan Koperasi Kariah Masjid Fikri Bera merupakan koperasi pertama menjalankan perniagaan Kedai 1Malaysia di negara ini," katanya.

Ismail Sabri berkata setiap masjid wajar menubuhkan koperasi kariah masing masing kerana mereka akan dapat menjalankan perniagaan yang akhirnya memberi sumber kewangan untuk menjalankan kegiatan keagamaan.

"Banyak perniagaan yang boleh dijalankan koperasi terbabit, antaranya membekal air minuman, barang-barang runcit, peralatan kenduri seperti khemah dan sebagainya.

"Masalah modal. Suruhanjaya Koperasi Malaysia bersedia  memberikan pinjaman sebanyak RM50,000 secara mudah tanpa cagaran bagi menjalankan perniagaan," katanya. -- Bernama

Dinar, dirham Kelantan tarik perhatian Pakistan

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/dinar-dirham-kelantan-tarik-perhatian-pakistan-1.57236

Published: Jun 18, 2012

Datuk Husam Musa
$entry.content.caption.value

KOTA BHARU - Kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan mata wang syariah dinar dan dirham bercirikan hologram iaitu yang pertama di dunia menarik perhatian Pakistan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, selaras dengan itu negara tersebut akan memeterai perjanjian dengan negeri ini bagi membantu mereka mengeluarkan dinar dan dirham sendiri.

"Esok kita akan mengadakan sidang media berkaitan perkara tersebut dan berharap ia akan berjalan lancar," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Majlis Perasmian Ekspo

Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar dan Dirham di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merasmikannya dan Gabenor Wilayah Qom Iran, Mohamed Hussien.

Menurutnya, selain itu ekspo yang diadakan memberi peluang Kelantan memperkenalkan penggunakan dinar dan dirham ke peringkat antarabangsa apabila ia turut disertai oleh beberapa negara lain seperti Iran, Indonesia, Turki, China dan beberapa negara lain lagi.

Husam berkata, melihat kepada sambutan yang diberikan oleh negara-negara lain ia membuatkan Kerajaan Kelantan merasakan mereka tidak bersendiri.

Beliau berkata, Kelantan boleh berkembang dari segi ekonomi dan apa yang dilakukan ini merupakan kesinambungan daripada ekspo Cheng Ho yang diadakan sebelum ini.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengajak negara-negara Islam bersatu bagi menghasilkan ciptaan canggih setaraf dengan negara barat bagi mengembalikan semula kegemilangan di zaman saintis-saintis Islam.

"Kebiasaannya kita sudah lihat banyak produk makanan yang dihasilkan kenapa tidak kali ini kita bergabung dan mencipa alatan canggih pula.

"Saya yakin ia tidak mustahil kerana umat Islam terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya di mana ia akan menjadi kelebihan kepada kita semua," katanya memberikan cadangan semasa menyampaikan ucapan perasmian.

Sunday, June 17, 2012

Tekun - Salur RM2.11b

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SalurRM2_11b/Article/index_html

Published: Jun 16, 2012
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
bisnes@hmetro.com.my

SEBANYAK 215,608 peniaga kecil seluruh negara memperoleh nikmat apabila Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) mengeluarkan pinjaman sebanyak RM2.11 billion sejak penubuhannya kira-kira 13 tahun lalu hingga semalam.

Bantuan pinjaman disediakan itu bukan hanya bertujuan bagi meningkatkan modal pusingan dan memulakan perniagaan, malah mengelakkan peniaga kecil terjerat dengan hutang ceti haram atau along.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, di Perak saja sebanyak RM153.2 juta dikeluarkan untuk pinjaman kepada 17,028 usahawan Bumiputera dalam tempoh sama.
“Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, Tekun sudah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM206.7 juta kepada 14,338 usahawan di seluruh negara.

“Dalam tempoh itu juga, seramai 898 usahawan negeri Perak menerima pinjaman berjumlah RM13.2 juta. “Hari ini saja Tekun menyampaikan pinjaman sebanyak RM1.8 juta untuk 119 usahawan di Perak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Usahawan Tekun di Marina Island di Lumut, Perak semalam.

Seramai enam usahawan menerima Anugerah Usahawan Tekun Cemerlang dan menerima hadiah berupa sijil dan piala yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Zambry.

Kira-kira 1,000 usahawan Bumiputera hadir pada majlis itu.

Menurutnya, pinjaman Tekun turut bertujuan mengatasi kebergantungan segelintir peniaga dan ahli perniagaan terhadap golongan ceti haram atau along. “Kami tidak akan memberi pinjaman kepada individu bagi tujuan perniagaan sekiranya pemohon turut meminjam daripada along untuk tujuan peribadi.

“Bagaimanapun pinjaman Tekun boleh diberikan kepada pemohon yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini dan memerlukan suntikan tambahan dalam jumlah besar,” katanya.

Berhubung isu bayaran balik pinjaman, Abdul Rahim berkata, keadaan memuaskan berasaskan tujuh daripada 10 peminjam berjaya melunaskan ansuran bulanan manakala selebihnya diselubungi masalah sendiri.

Namun, katanya, Tekun sentiasa membuka pintu rundingan kepada peminjam supaya mereka tidak merasa tertekan bagi membayar kembali pinjaman itu.

Katanya, beliau sering mengulangi peringatan bahawa Tekun diwujudkan untuk membantu usahawan kecil Bumiputera agar berjaya, dan pada masa sama Tekun membantu usahawan kecil bangsa lain termasuk Cina dan India melalui tabung khas.

“Menurut rekod, Tekun berjaya memberi pinjaman sebanyak RM311 juta tahun lalu sedangkan peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM120 juta.

“Ini berlaku disebabkan ansuran pinjaman diterima daripada usahawan yang membolehkan jumlah terbabit dapat dikeluarkan semula kepada peminjam,” katanya.

Dua projek baru KSB

KOPERASI Shamelin Berhad (KSB) kini giat membangunkan dua projek pembangunan bercampur di Taman Shamelin Perkasa yang dijangka siap tiga tahun lagi.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DuaprojekbaruKSB/Article/index_html
Published: Jun 16, 2012

Bendaharinya, Dr Arriffin Mansor berkata, dua projek berkenaan iaitu Shamelin Star dan satu lagi belum diberi nama masing-masing mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM400 juta dan RM40 juta.

“Pembangunan Shamelin Star merangkumi pembangunan kediaman jenis kondominium dan lot komersial di kawasan seluas 1.2 hektar. Manakala, satu lagi projek pembangunan jenis sama seperti Shamelin Star dibina di kawasan seluas 0.4 hektar,” katanya.

Menurutnya, projek pembangunan itu dijalankan secara kerjasama dengan anak syarikatnya, KSB Hartanah Sdn Bhd dengan syarikat lain dan KSB akan meneruskan kerja penyelenggaraan selepas bangunan mula beroperasi melalui anak syarikatnya, KSB Selenggara Sdn Bhd.

“Kedua-dua anak syarikat KSB ditubuhkan bagi memantau kelancaran operasi perniagaan kami dalam sektor hartanah,” katanya.

Arriffin berkata, selain cabang hartanah KSB turut menjalankan operasi perniagaan pelbagai peringkat (MLM) melalui anak syarikatnya, Shamelin Bina Sdn Bhd yang memasarkan produk berasaskan manggis dikenali sebagai Mangostyn Juice.

“Pada 2010 hingga 2011, Shamelin Bina memperoleh pulangan sehingga RM20 juta dan berjaya melahirkan lebih 10 jutawan.

“Namun, pada tahun ini kami tampil dengan pasukan dan pelan pemasaran baru bagi membentuk lebih ramai jutawan dan membantu usahawan memperoleh pendapatan enam angka sebulan,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya dijangka akan tampil dengan produk baru dikenali sebagai Mangostyn Prebiotik Plus akhir bulan ini iaitu versi dipertingkat daripada Mangostyn Juice yang diperbuat dalam bentuk serbuk.

Tuesday, June 12, 2012

Bank dicadang tubuh dana modal teroka bantu usahawan

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Published: Jun 11, 2012

IPOH 10 Jun - Sesi pertama perbincangan Kumpulan Tumpuan yang diadakan pada 13 Jun ini akan membincangkan 16 topik penyediaan Bajet 2013 yang meliputi makroekonomi, sektoral dan sosial, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, perbincangan yang bertemakan "Inisiatif Baharu dalam Meningkatkan Pelaburan Swasta" itu melibatkan beberapa pihak, antaranya ahli perniagaan dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Perbincangan topik tersebut akan berpandukan kepada 84 memorandum yang diterima kementerian daripada pihak terbabit merangkumi 20 aspek makroekonomi, 49 sektoral dan 15 sosial, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di sini, hari ini.

Ahmad Husni berkata, antara aspek makroekonomi yang diketengahkan termasuklah menjana permintaan dalaman melalui peningkatan pendapatan, penggubalan dasar ekonomi makro dan mikro serta strategi bagi memenuhi kehendak kumpulan dasar.

Bagi isu sektoral, aspek yang yang diberi tumpuan ialah mempertingkatkan sistem kewangan Islam, pembangunan kaunter Islam serta penambahbaikan pendidikan syariah untuk meningkatkan sektor kewangan Islam, manakala isu sosial berkaitan dengan memperkukuh perpaduan sosial dan mengetengahkan isu belia.

"Perbincangan ini adalah ke arah untuk mengatasi persoalan yang mereka hadapi daripada segi pelaburan swasta, pembangunan sumber manusia dan daya saing," katanya.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun itu berkata, sesi pertama perbincangan dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan dan diikuti kemudiannya perjumpaan dengan ahli akademik, badan profesional, kumpulan pemikir dan media massa bagi mendapatkan input dan maklum balas dalam penyediaan bajet 2013.

"Kita mahu dapatkan sebanyak maklumat daripada semua sektor masyarakat bagi membolehkan kita menilai apakah pandangan daripada mereka," jelasnya.

Kementerian Kewangan sebelum ini telah mengadakan Majlis Konsultasi Belanjawan 2013 pada 29 Mei lepas yang bertemakan "Memacu Transformasi ke Arah Negara Maju". - BERNAMA

Sesi pertama bincang penyediaan Bajet 2013

Source from (Sinar Online): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SesipertamabincangpenyediaanBajet2013/Article/index_html

Published: Jun 11, 2012

SESI pertama perundingan Kumpulan Tumpuan yang diadakan pada 13 Jun ini akan membincangkan 16 topik penyediaan Bajet 2013 yang antaranya termasuk makroekonomi, sektoral dan sosial.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, perbincangan yang bertemakan ‘Inisiatif Baru dalam Meningkatkan Pelaburan Swasta’ itu membabitkan beberapa pihak antaranya ahli perniagaan dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Perbincangan topik ini akan berpandukan kepada 84 memorandum yang diterima kementerian daripada pihak terbabit merangkumi 20 aspek makroekonomi, 49 sektoral dan 15 sosial,” katanya selepas merasmikan program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di Ipoh, Perak, semalam.

Beliau berkata, antara aspek makroekonomi yang diketengahkan termasuk menjana permintaan dalaman melalui peningkatan pendapatan, penggubalan dasar ekonomi makro dan mikro serta strategi bagi memenuhi kehendak kumpulan dasar.

Bagi isu sektoral, aspek yang yang diberi tumpuan ialah mempertingkatkan sistem kewangan Islam, pembangunan kaunter Islam serta penambahbaikan pendidikan syariah untuk meningkatkan sektor kewangan Islam manakala isu sosial berkaitan dengan memperkukuh perpaduan sosial dan mengetengahkan isu belia.

“Perbincangan ini adalah ke arah untuk mengatasi persoalan yang mereka hadapi daripada segi pelaburan swasta, pembangunan sumber manusia dan daya saing,” katanya.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata, sesi pertama perbincangan dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan dan dikuti perjumpaan dengan ahli akademik, badan profesional, kumpulan pemikir dan media massa bagi mendapatkan input. -Bernama 

Monday, June 11, 2012

KPDNKP sasar sejuta ahli menjelang akhir tahun

BERA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKP) menyasarkan satu juta kad keahlian dapat dikeluarkan kepada ahli koperasi menjelang akhir tahun ini.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kpdnkp-sasar-sejuta-ahli-menjelang-akhir-tahun-1.55078
Published: Jun 10, 2012

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membolehkan ahli koperasi mendapat potongan harga ketika membeli belah di kedai atau pasar raya tersenarai termasuk di kedai koperasi.

 "Sehingga kini 100,000 kad keahlian koperasi telah dikeluarkan yang secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan ahli koperasi selain menggalakkan mereka berbelanja di kedai kedai koperasi yang akhirnya mendatangkan keuntungan kepada koperasi .

"Apabila koperasi untung, dividen dapat dibahagikan kepada ahli-ahlinya," kata Ismail Sabri kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bera di Kerayong, Bera, hari ini.

Beliau berkata kejayaan koperasi di luar negara perlu dicontohi kerana ahli-ahli sangat amanah dan taat kepada koperasi masing masing.

"Koperasi di Jepun dan Korea Selatan misalnya, bukan sahaja berjaya mengawal pasaran, malah 30 peratus ekonomi negara terbabit dikuasai koperasi disebabkan ahli serta lembaga pengarah beramanah, berdaya saing selain bertanggungjawab.

"Saya yakin koperasi kita juga boleh maju dan berkembang jika semua pihak termasuk ahli memberi sokongan padu kepada koperasi supaya maju," katanya.

Mengenai harga minyak, Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata, kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesulitan rakyat.

"Kerajaan akan mengawal jika harga minyak naik, dan akan menurunkan harga jika minyak turun harga, malah kerajaan akan terus memberi subsidi kepada rakyat.

"Bagi minyak RON 95, kerajaan telah memberikan subsidi 70 sen seliter dengan harga sekarang RM1.90, manakala RON 97 pula harganya turun 10 sen baru baru ini dengan harga sekarang RM2.80 seliter jauh lebih murah daripada yang dijual di negara-negara jiran," katanya. - Bernama

Program Francais komuniti tarik 732 penyertaan

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/program-francais-komuniti-tarik-732-penyertaan-1.55060

Published: Jun 10, 2012

BUTTERWORTH - Program Francais Komuniti yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu, berjaya menarik penyertaan 732 francais berpotensi dalam pelbagai bidang perniagaan dengan anggaran nilai pelaburan RM80.168 juta.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kassim berkata pencapaian program itu amat membanggakan  memandangkan program itu baru saja dilancarkan di 10 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Katanya program itu berjaya mencatatkan pencapaian nilai potensi pelaburan sebanyak RM21 juta bagi francais mikro iaitu melibatkan modal kurang daripada RM50,000 dan RM59 juta bagi francais makro (modal melebihi RM50,000).

"Ini merupakan satu jumlah yang agak memberangsangkan dan terbukti sistem francais boleh mewujudkan golongan usahawan tempatan yang berkemampuan untuk menguruskan perniagaan dengan berkesan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Francais Komuniti Peringkat Pulau Pinang di perkarangan rumah pangsa Kompleks D, Seberang Jaya di sini malam tadi.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Datuk Arif Shah Omar  Shah.
Saripuddin berkata program berkenaan juga berjaya membuka minda masyarakat yang sebelum ini berpandangan bahawa program francais hanya untuk peniaga yang mempunyai modal besar antara RM500,000 dan RM1 juta.

Katanya kerajaan turut memperuntukkan RM8 juta sebagai skim pinjaman mikro yang dinamakan Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan francais.

"Sehingga Khamis lepas, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM3.45 juta kepada 151 bakal francaisi untuk memulakan perniagaan mereka.

"Jadi saya harap mana-mana usahawan yang berminat supaya merebut peluang untuk mendapatkan baki dana kira-kira RM4.45 juta bagi memulakan perniagaan francais melalui program berkenaan," katanya.
Beliau berkata kerajaan percaya perniagaan francais dapat membantu menambah pendapatan isi rumah bagi mengimbangi pendapatan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi dari semasa ke semasa. - Bernama

Friday, June 8, 2012

Angkasa lancar laman web niaga-Coop bonus ini

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/angkasa-lancar-laman-web-niaga-coop-bonus-ini-1.54583

Published: Jun 07, 2012

TEMERLOH - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan melancarkan laman web 'Niaga-Coop' pada Ogos ini bagi meluaskan pemasaran produk anggota koperasi itu.

Timbalan Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata usaha itu juga adalah pendekatan inovatif Angkasa dalam memasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

"Angkasa sebagai orang tengah akan membantu mendaftar pembeli dan pengeluar supaya proses urus niaga lebih telus dan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

"Sebelum ini banyak produk yang dihasilkan oleh anggota koperasi seperti kraf tangan, makanan dan ikan sungai tidak dapat dipasarkan secara meluas akibat kekangan maklumat dan pemasaran yang lemah," katanya kepada pemberita selepas melawat Koperasi Keluarga Haji Konok Kampung Sanggang yang mengusahakan ternakan ikan patin buah, di sini hari ini.

Katanya melalui laman web itu nanti produk keluaran anggota koperasi dapat dipasar dalam negara dan juga negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand. -- Bernama