Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_29.htm 
Published: Jun 27, 2012
KUALA LUMPUR 27 Jun - Republik Guinea mahu mengaplikasikan kaedah dan
 aktiviti koperasi yang  dilaksanakan oleh Angkatan Koperasi  Kebangsaan
 Malaysia Berhad (Angkasa) ke  negara berkenaan secepat mungkin.
Presidennya, Prof. Alpha Conde yakin kejayaan Angkasa dalam bidang 
ekonomi dan sosial di  negara ini boleh membantu negara itu khususnya  
dalam pembangunan wanita dan pendidikan.
Sehubungan itu, beliau mahu Angkasa  menghantar tenaga pakarnya  ke 
Guinea untuk  melaksanakan program yang telah dilaksanakan di  negara 
ini.
``Saya percaya koperasi dapat membantu mempercepatkan pembangunan 
sesebuah  negara terutama dalam pembangunan sistem  pendidikan,’’ 
katanya selepas menandatangani  surat hasrat kerjasama koperasi antara  
kerajaannya dan Angkasa yang diwakili oleh  Presidennya,  Prof. Datuk 
Dr. Mohd. Ali Baharum oleh  di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment