Thursday, February 21, 2013

TEKUN sedia RM1.2 juta bantu 97 peniaga kecil India P. Pinang

BUTTERWORTH 20 Feb. - Sebanyak RM1.2 juta disediakan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional tahun ini bagi membantu 97 peniaga kecil India meningkatkan perniagaan masing-masing. Jumlah itu meningkat berbanding hanya RM384,000 yang disediakan oleh TEKUN sepanjang 2012.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130221/wu_04/TEKUN-sedia-RM12-juta-bantu-97-peniaga-kecil-India-P-Pinang
Published: February 21, 2013

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Perai, L. Krishnan berkata, sambutan masyarakat India terhadap pinjaman TEKUN amat baik dan diharapkan berterusan pada masa depan agar taraf hidup keluarga mereka terjamin.

“Sambutan masyarakat India terhadap program pinjaman ini amat baik kerana mudah serta tiada kerenah birokrasi seperti yang dihadapi untuk membuat pinjaman bank.

“Namun, yang paling utama adalah pembayaran balik pinjaman juga haruslah konsisten serta tetap agar mereka diberi peluang untuk meminjam semula pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan TEKUN kepada 37 penerima di pusat khidmatnya, di sini hari ini.

Antara perniagaan yang dijalankan oleh 37 penerima pinjaman yang berjumlah RM501,000 itu adalah jahitan, kedai runcit, barangan terpakai, kedai bunga, perkhidmatan pengangkutan, gerai makanan, kedai buku dan alat tulis serta kedai kain.

Tambah Krishnan, sejak 2008, sebanyak RM2.66 juta diperuntukkan oleh TEKUN bagi membantu peniaga kecil India di Pulau Pinang.

Sehubungan itu, beliau berharap peniaga kecil India menetapkan wawasan dan impian untuk menjadi usahawan berjaya biarpun terpaksa memulakan perniagaan dengan pinjaman TEKUN.

Menurutnya, biarpun bermula secara kecil-kecilan, tetapi mereka perlu memasang impian untuk memperbesarkan lagi perniagaan.

No comments:

Post a Comment