Thursday, February 28, 2013

Angkasa Sasar Tubuh 1,000 Koperasi Kariah Masjid Di Seluruh Negara

KUALA TERENGGANU, 27 Feb (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mensasarkan untuk menubuhkan 1,000 Koperasi Kariah Masjid (KKM) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=930665
Published: February 28, 2013

Bercakap kepada Bernama, Rabu, Presiden Angkasa Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata, sehingga kini 300 buah masjid di seluruh negara sudah menubuhkan KKM yang antara lain menjalankan perniagaan kedai runcit.

Mohd Ali berkata, usaha itu mampu dicapai kerana kini terdapat 6,600 buah masjid di seluruh negara dengan Angkasa turut membantu dan memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam usaha menubuhkan KKM.

Katanya, Angkasa bersedia membekalkan sistem pengurusan berkomputer secara percuma kepada KKM bagi melicinkan pentadbiran koperasi berkenaan.

Beliau berkata, Angkasa juga akan membimbing mana-mana KKM untuk membuka kedai runcit dan menyelaras bekalan barangan untuk mereka.

Katanya di Terengganu, 70 daripada 500 buah masjid di negeri itu telah memohon untuk menubuhkan KKM.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment