MARANG, 7 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah memperuntukan  RM103.juta bagi
 membuka 90 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) termasuk 57 di Sabah, 
Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan menjelang akhir tahun ini. 
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=926800 
Published: February 07, 2013
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri 
Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, sebanyak 33 buah KR1M 
dengan anggaran kos RM16.5 juta akan dibina di 33 kawasan Parlimen di 
Semenanjung.
 Menurutnya sejumlah RM87 juta diperuntukkan untuk 57 buah KR1M di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
 "Kos purata pembukaan setiap buah KR1M di Sabah, Sarawak dan Labuan 
adalah antara RM1 juta hingga RM1.5 juta manakala RM500,000 setiap satu 
di Semenanjung," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program 
Sehari Bersama Pelanggan anjuran Petronas Marang dan Pejabat Perdagangan
 Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, di sini, Khamis.
 Beliau berkata setakat ini, kerajaan telah membina 85 buah KR1M di 
Semenanjung dan dua di Sarawak dengan kos keseluruhan lebih RM40 juta.
 Ismail Sabri turut mengalu-alukan pengusaha kedai runcit di kawasan 
luar bandar dan tanah rancangan Felda supaya menjual produk jenama KR1M 
bagi membantu penduduk kampung membeli pelbagai barang keperluan dengan 
harga lebih murah.
 -- BERNAMA 
No comments:
Post a Comment