KEMAMAN, 23 Feb (Bernama) -- Seorang usahawan ternakan ayam daging 
komersil telah bekerjasama dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 
untuk melabur  RM800,000 bagi menjayakan projek ternakan ayam reban 
tertutup di sini. 
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=929922 
Published: February 24, 2013
Pengarah LPP negeri Shamsuddin Mat Rani berkata usahawan itu, Rosdi Daud
 telah melabur RM300,000 manakala RM500,000 lagi dibiayai oleh 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk projek berkenaan.
"Ini merupakan projek ternakan ayam reban tertutup yang  pertama 
seumpamanya diwujudkan oleh LPP dengan kerjasama seorang usahawan di 
daerah Kemaman," katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian reban 
ayam tertutup di Kampung Pengkalan Ranggon Kerteh dekat sini semalam 
yang turut dihadiri oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan 
Kemasik, Ir Rosli Othman.
Menurut Shamsuddin, pelaburan tersebut ialah untuk membina dua buah reban ayam, masing-masing bersaiz 40x400 kaki persegi.
Projek itu melibatkan kawasan seluas enam ekar.
Selain daripada menyediakan pekerjaan kepada penduduk tempatan di sini, 
projek itu dijangka turut memanfaatkan 50 orang miskin lain yang 
tersenarai dalam program e-Kasih.
Sementara itu, Rosli melahirkan rasa yakin terhadap projek itu, lebih-lebih lagi dengan kerjasama dari kerajaan.
Beliau juga berkata yang projek itu juga dapat membantu mengatasi 
masalah bekalan ayam, terutamanya pada musim-musim perayaan pada masa 
akan datang.
-- BERNAMA    
No comments:
Post a Comment