KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Poh Kong Holdings Bhd merancang untuk 
membuka tiga hingga lima cawangan baru tahun ini, kata 
Pengerusi/Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Eddie Choon Yee Seiong. 
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/poh-kong-rancang-tambah-cawangan-1.127151 
Published: February 02, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=925227 
Published: February 02, 2013
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di 
sini pada Khamis, beliau berkata pelaburan bagi setiap cawangan adalah 
kira-kira RM3 juta.
 Sehingga kini, dua lokasi, Seremban dan Kota Damansara, telah dikenal 
pasti, kata beliau dan menambah bahawa syarikat kini mempunyai 107 
cawangan.
 Di pasaran baru, Choon berkata syarikat merancang untuk berkembang ke Sabah dan Sarawak dalam masa tiga tahun.
 "Kami masih meninjau tempat yang sesuai untuk membuka cawangan di sana,
 terutamanya pusat membeli belah, yang mempunyai potensi pasaran yang 
baik untuk peminat barang kemas," katanya.
 Mengenai pertumbuhan syarikat, beliau berkata Poh Kong berharap dapat 
menyamai prestasi tahun lepas, disokong ole permintaan kukuh bagi 
aksesori barang kemas.
 "Poh Kong yakin tahap perbelanjaan pengguna yang tinggi disebabkan oleh
  Kuala Lumpur diletakkan dalam ranking destinasi membeli belah keempat 
terbaik dunia oleh CNN Travel dan yang kedua terbaik untuk membeli belah
 di Asia Pasifik oleh  Globe Shopper Index," katanya.
 -- BERNAMA 
No comments:
Post a Comment