Tuesday, February 12, 2013

Pandora perluas perniagaan

PENGELUAR barang kemas, Pandora Malaysia merancang membuka dua cawangan terbaru di luar Lembah Klang dengan pelaburan RM500 juta setiap satu menjelang hujung tahun ini.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pandora-perluas-perniagaan-1.130326
Published: February 12, 2013

Pandora perluas perniagaan
Zarida dan Presiden Perwakilan, Puan Seri Jazliza Jalaludin (dua, kiri) bersama selebriti tanah air selepas majlis pelancaran butik terbaru Pandora di Alamanda, baru-baru ini.

Selain dua cawangan tersebut, Pandora Malaysia juga akan membuka cawangan pertamanya di luar negara iaitu di Brunei pada pertengahan tahun kedua, yang akan difokuskan di dalam pasar raya besar.

Pengarah Urusannya, Datin Zarida Noordin berkata, sehingga kini syarikat mempunyai 16 cawangan termasuk cawangan terbarunya di Alamanda, Putrajaya dan menguasai 40 peratus nilai penguasaan pasaran bagi segmen perak.

“Pemilihan Alamanda sebagai cawangan terbaru Pandora adalah strategik kerana ia mempunyai tarikan tersendiri, selain menerima kunjungan yang ramai bukan sahaja pada hujung minggu dan cuti umum tetapi juga pada hari bekerja.

“Pembukaan butik di sini juga beri lebih akses kepada komuniti di sekitar Putrajaya, Kajang, Semenyih, Nilai dan Seremban bagi mendapatkan koleksi terkini,” katanya pada majlis pelancaran, di Putrajaya, baru-baru ini.

Menurut Zarida, pelancaran ini sekali gus menjadi titik tanda untuk Pandora yang dianggap sebagai salah satu kumpulan jenama mewah terbesar di Asia Pasifik dan jenama barang kemas nombor dua di dunia.

Pandora yang berasal dari Denmark ini mempunyai lebih 670 kedai konsep di lebih 65 buah negara. negnegara.

No comments:

Post a Comment