Sunday, November 25, 2012

Sirim Lancar Tiga Program Baharu Untuk Bantu Pengusaha Kecil, Mikro

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Sirim QAS International Sdn Bhd, anak syarikat Sirim Bhd, hari ini melancarkan tiga program baharu untuk membantu pengusaha kecil dan mikro bagi meningkatkan kualiti produk industri masing-masing.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=711188
Published: November 24, 2012

Program itu ialah Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Rantaian Bekalan (ISO 2800:2007), Makmal Pengujian Kebakaran dan Skim Peningkatan Kualiti (SPK).

Pengerusi Sirim Bhd Datuk Jamaliah Kamis berkata Skim Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Rantaian Bekalan (ISO 2800:2007) menyediakan kerangka bagi sesebuah organisasi untuk meningkatkan keseluruhan pengurusan sistem keselamatan rantaian bekalan.

Makmal Pengujian Kebakaran pula memberi perkhidmatan pengujian ke atas sistem perlindungan kebakaran aktif dan pasif kepada industri manakala SPK khusus untuk pengusaha mikro dan pengusaha kecil bagi ditingkatkan ke tahap lebih tinggi dan berupaya bersaing serta meneroka pasaran yang lebih tinggi, katanya.

Beliau berkata pada majlis Sirim-Industri 2012 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Datuk Fadillah Yusof bagi pihak Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Pada majlis itu, lebih 800 organisasi dan syarikat menerima pensijilan dalam pelbagai kategori sepanjang tempoh Oktober 2011 hingga November 2012.

Sejumlah 398 lesen di bawah Skim Pensijilan Barangan telah dikeluarkan dari 1 Okt, 2011 hingga 1 Nov, 2012,, iaitu 364 sijil di bawah Skim Pensijilan Barangan manakala 34 lesen adalah di bawah Skim Eko-Label Sirim.

Sejumlah 431 sijil telah dikeluarkan untuk skim pensijilan pengurusan dari 1 Okt, 2011 hingga 2 Nov, 2012.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment