Sunday, November 18, 2012

RM50 juta disediakan bagi Skim Pembiayaan Mikro bantu penjaja

PUTRAJAYA: Sejumlah RM50 juta akan diperuntukkan di bawah Skim Pembiayaan Mikro mulai awal tahun depan dalam usaha kerajaan membantu golongan penjaja dan peniaga kecil mengukuhkan perniagaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain proses pinjaman dipermudahkan, tempoh bayaran balik turut dipanjangkan sehinga sembilan tahun. 

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM50jdanabantupenjaja/Article/index_html
Published: November 19, 2012

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM50jutadisediakanbagiSkimPembiayaanMikrobantupenjaja/Article/
Published: November 18, 2012

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/rm50-juta-disedia-bantu-penjaja-berniaga-1.104717
Published: November 18, 2012

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121118/dn_18/RM50-juta-untuk-bantu-golongan-penjaja-peniaga-kecil
Published: November 18, 2012

Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan 
Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
"Secara prinsipnya pinjaman itu kemungkinan akan mendapat pengecualian kadar faedah, namun masih menanti surat rasmi daripada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, menerusi pinjaman berkenaan penjaja dan peniaga kecil boleh meminjam sehingga maksimum RM50,000 untuk menambah modal pusingan atau membeli peralatan perniagaan yang lebih baik dan moden.

"Jika tiada sebarang masalah, dijangkakan permohonan pinjaman boleh dibuat awal Januari depan," katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan turut menyediakan peruntukan dalam bentuk geran sebanyak RM4 juta untuk pelaksanaan program dan aktiviti persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil tahun depan.

Terdahulu beliau berucap merasmikan Konvensyen Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional 2012 yang julung kali diadakan sempena sambutan Hari Penjaja, disertai seramai 320 peserta dari seluruh negara.
Mengulas mengenai pemberian insurans percuma kepada anggota persatuan tersebut beliau berkata ia tidak hanya melindungi kematian akibat kemalangan malah kematian biasa.

"Kerajaan akan menanggung bayaran insurans sebanyak RM10.60 untuk setiap seorang ahli yang mendaftar. Jika anggota persatuan ingin mendapatkan penambahan perlindungan, mereka boleh menambah nilai polisi mengikut kemampuan masing-masing," katanya.

Beliau berkata, menerusi skim terbabit, dijangka lebih sejuta anggota persatuan penjaja dan peniaga kecil yang mendaftar bakal menikmati kemudahan berkenaan. - BERNAMA  

No comments:

Post a Comment