Friday, November 9, 2012

Wujudkan Lebih Banyak Koperasi Sekolah Untuk Bantu Pembangunan Insan Pelajar - Puad

PETALING JAYA, 6 Nov (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi menyeru lebih banyak koperasi sekolah ditubuhkan bagi membantu pembangunan modal insan di kalangan pelajar dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=707539
Published: November 08, 2012

Beliau berkata sehingga kini, terdapat 2,145 koperasi sekolah di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 2,040 menganggotai Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa).

Puad berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Majlis Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik dan Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan di sini malam ini.

Katanya, sebanyak RM2.3 juta diperuntuk oleh Angkasa, dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia, pada tahun ini bagi menjayakan program pembudayaan keusahawanan koperasi sekolah.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment