Saturday, November 3, 2012

Koperasi kebas air

KLANG: Tindakan licik sebuah syarikat di sebuah premis di Meru, di sini, menjalankan kegiatan mencuri air selepas lebih setahun beroperasi terbongkar apabila berjaya dikesan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/articles/2012110205410920121102054109/Article
Published: November 02, 2012

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, syarikat terbabit yang menjalankan perniagaan koperasi bertindak mencuri air di paip utama Syabas selepas gagal melunaskan tunggakan bernilai RM1,284 pada Januari tahun lalu.

Beliau berkata, akibat tindakan kurang bijak koperasi berkenaan yang turut menyalurkan air kepada tujuh premis di bawah seliaannya mengakibatkan Syabas terpaksa menanggung kerugian mencecah RM155,000 termasuk tekanan air yang rendah di kawasan sekitar.

“Pada 3 Oktober lalu, kami mendapat aduan penduduk terdapat kegiatan mencuri air yang dilakukan di kawasan ini apabila tekanan air di kawasan sekitar premis pengadu rendah. Ekoran daripada aduan itu, kami menghantar pegawai untuk menyiasat perkara ini.

“Selepas siasatan dijalankan, kami dapati syarikat itu menjalankan kegiatan mencuri air dipercayai berpunca daripada tindakan memutuskan bekalan air selepas pihak pengurusannya gagal melunaskan tunggakan bil,” katanya di sini, kelmarin.

No comments:

Post a Comment