Monday, November 26, 2012

Risda lancar kelab usahawan peringkat kebangsaan

KUALA TERENGGANU - Risda hari ini melancarkan Kelab Usahawan Risda (RISEC) peringkat kebangsaan sebagai wadah untuk melahirkan lebih banyak usahawan di kalangan pekebun kecil dan meningkatkan profesionalisme anggota kelab sedia ada.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/risda-lancar-kelab-usahawan-peringkat-kebangsaan-1.106759
Published: November 25, 2012

Pengerusi Risda Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik berkata ketika ini Risda menaungi kira-kira 5,000 usahawan dan usaha akan ditingkatkan lagi untuk menambah jumlah itu.
  
"Walaupun (ada antara) mereka belum mencapai tahap profesionalisme, tetapi kita mempunyai ruang dan potensi untuk dibaiki menjadi lebih baik, profesional dan sesuai dengan slogan Menjana Usahawan Global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Risda dan melancarkan RISEC peringkat kebangsaan di sini hari ini.
  
Pada majlis itu, turut diadakan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara Risda dan Yayasan Pembangunan Usahwan (YPU), Risda Baja Sdn Bhd (RBSB) dengan Koperasi Pekebun Kecil (KPK) dan Usahawan Bimbingan Risda dengan Worldline Corporation Sdn Bhd (WCSB).
  
Risda diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Risda, Mohamad Muda, YPU oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Azmi Razik,  RBSB diwakili CEO Meor Mohd Zamnis Meor Hassan, KPK oleh Setiausaha KPK daerah Kuala Terengganu Omar Bujang, WCSB oleh Pengarah Urusannya Abd Rahim Jalil dan Usahawan Bimbingan Risda diwakili seorang usahawan Nura Mardi.

Rahim berkata Risda akan mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi melihat pencapaian dan kemajuan daripada kerjasama yang dimeterai hari ini.
  
Pada majlis itu, Md Rashid Ulung, seorang usahawan tilam dari Pulau Pinang dipilih sebagai pemenang anugerah Usahawan Perdana Jaya.
  
Beliau yang berkecimpung dalam industrti membuat tilam kekabu sejak 30 tahun lalu, menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala dan sijil penghargaan.
  
Md Rashid ketika ditemui berkata beliau akan berusaha lebih gigih dengan menyasarkan untuk menembusi pasaran negara-negara Asia dalam lima tahun lagi. - Bernama

No comments:

Post a Comment