Monday, November 5, 2012

Koperasi bekas tentera bantu perkasa ekonomi

KOTA BHARU 3 Nov. - Penubuhan Koperasi Kebajikan Bekas Tentera Malaysia (KBTM) oleh Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dijangka mampu memperkasakan ekonomi dalam kalangan bekas perajurit.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121104/wt_03/Koperasi-bekas-tentera-bantu-perkasa-ekonomi
Published: November 04, 2012

Presidennya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, selain mampu meningkatkan ekonomi, koperasi tersebut bakal memberikan pelbagai manfaat kepada ahlinya.

Beliau berkata, pihaknya menyediakan pelbagai kemudahan kepada bekas-bekas tentera yang menyertai koperasi itu termasuk peluang perniagaan dan latihan sebagai langkah menambahkan pendapatan.
"Saya berharap bekas-bekas tentera dapat hadir ke pejabat cawangan PBTM untuk mengambil borang dan menyertai koperasi ini.

"Koperasi diberikan hak untuk membekalkan sebanyak 5,000 tan beras sebulan. Jadi kepada bekas tentera yang berminat menjadi pengedar bebas boleh tampil ke pejabat persatuan untuk membuat permohonan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Bekas Perajurit Kelantan (Kobra), di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment