Thursday, November 1, 2012

RM10b dilabur di Genneva

SERAMAI 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion, dikesan terbabit dalam syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia).

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RM10bdilaburdiGenneva/Article/index_html
Published: November 01, 2012

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, menurut maklumat yang diterima, jumlah pelaburan yang diterima ketika ini sebanyak RM4 bilion.

Menurutnya, Bank Negara Malaysia (BNM) memerlukan masa untuk menyiasat perkara itu berdasarkan dua pertimbangan yang difikirkan perlu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) di Dewan Rakyat, semalam.

“Pertama, syarikat ini berselindung dalam perniagaan emas di mana emas ini ada tarikan sentimental dan ramai berminat tidak kira latar belakang termasuk pemimpin. Bagi mereka, terdapat perasaan bahawa ini satu perniagaan betul.

“Perkara kedua pula, BNM terpaksa mengimbangi keadaan dan tidak boleh terus masuk pada satu masa misalnya jika hari ini masuk dan siasat, BNM pun kena marah kerana disebabkan BNM masuk, pelabur hilang pulangan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas) di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, liabiliti syarikat berkenaan melebihi aset syarikat dan itu menunjukkan Genneva tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur. - Bernama

No comments:

Post a Comment