Friday, May 17, 2013

Skim Pelaburan Emas Genneva: Tiga Pengarah, Seorang Bekas Pengarah Dilepas Dan Dibebas

KUALA LUMPUR 16 Mei - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga pengarah dan seorang bekas pengarah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Sdn. Bhd. (GSB), daripada 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga bernilai lebih RM100 juta.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3pengarahGennevabebas/Article
Published: May 17, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130517/ma_02/Tiga-pengarah-bekas-pengarah-Genneva-bebas
Published: May 17, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=950250
Published: May 17, 2013

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/skim-pelaburan-emas-geneva-tiga-pengarah-seorang-bekas-pengarah-dilepas-dan-dibebas/
Published: May 17, 2013










Mereka sebelum itu didakwa atas 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urus niaga lebih RM100 juta, lima tahun lalu.

BNM dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya akan turut memohon supaya pelaksanaan keputusan berhubung emas dan wang syarikat GSB yang sebelum ini dibekukan, ditangguhkan sementara bagi menunggu rayuan.

Notis rayuan akan didengar hari ini.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusuff semalam membuat keputusan itu terhadap Ng Poh Weng, 63; Marcus Yee Yuen Seng, 61; Chin Wai Leong, 37 dan bekas pengarahnya Liew Chee Wah, 59, selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Tak ambil deposit haram
 
Dalam penghakimannya, Rozana berkata selepas meneliti keterangan saksi dan hujahan kedua-dua pihak, beliau mendapati konsep jaminan pembelian balik (BBG) yang diamalkan oleh syarikat berkenaan bukanlah pengambilan deposit haram.

Katanya, keterangan pembelaan menunjukkan bahawa syarikat itu menjalankan perniagaan jual beli emas secara fizikal dan bukan rekaan semata-mata.

Kontrak sah

Setiap transaksi yang dijalankan oleh syarikat itu disokong oleh invois serta baucar pembayaran, maka ia adalah kontrak yang sah, katanya.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Poh Weng didakwa atas 93 pertuduhan manakala Yuen Seng (40 pertuduhan), Wai Leong (61 pertuduhan) dan Chee Wah, 30 pertuduhan.

Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad cawangan Kuala Lumpur, Tingkat Bawah, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang, antara Julai 2008 dan Jun 2009.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang boleh dihukum maksimum penjara lima tahun dan denda.

Keempat-empat tertuduh juga menghadapi lima pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama, antara November 2008 dan Julai 2009.

No comments:

Post a Comment