Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/koptas-bangunkan-projek-perumahan-1.161052
Published: May 19, 2013

Kamil (dua, kanan) serta Hasnal (kanan) meninjau tapak projek
Taman Koptas di Sungai Pusu, Gombak pada majlis upacara pecah tanah tapak projek.
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Selangor, Mohd Kamil Hassan Hilmi berkata, walaupun baru sembilan bulan ditubuhkan, Koptas mampu membangunkan kawasan itu dengan harga lot ditawarkan lebih rendah dari pasaran.
"SKM menggalakkan usaha seperti dilakukan Koptas kerana ia dapat membantu mengembangkan ekonomi masyarakat Bumiputera.
"Setakat ini, koperasi hanya menyumbang satu peratus kepada pembangunan ekonomi negara dan kami harap jumlah itu meningkat kepada 10 peratus menjelang 2020,” katanya pada Majlis Pelancaran Pecah Tanah Taman Koptas, kelmarin.
Mohd Kamil berkata, SKM turut menyediakan geran sehingga RM300,000 dan memberi pinjaman mudah sehingga RM10 juta kepada koperasi.
Hadir sama pada majlis itu Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzuan, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Bhd, Datuk Dr Mohd Ali Baharum dan Pengerusi Koptas, Datuk Nor Hasnal Hashimi.
Sementara itu, Hasnal berkata, fasa pertama perumahan itu berjaya menjual 29 lot dan pembangunan tanah itu adalah yang pertama dilaksanakan Koptas.
“Nilai tanah yang Koptas jual di sini adalah RM33 sekaki persegi dan harga pasaran antara RM40 hingga RM50 sekaki persegi. Kami juga merancang membangunkan kawasan bandar berkonsep Arab berdekatan Taman Koptas itu nanti,” katanya.
No comments:
Post a Comment