Sunday, May 19, 2013

Keputusan kes harta 3 pengarah syarikat Genneva Selasa ini

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menetapkan Selasa ini bagi membuat keputusan sama ada akan mengembalikan harta tiga pengarah dan bekas pengarah syarikat Genneva Sdn Bhd (GSB) yang dibebaskan atas pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Keputusankesharta3pengarahsyarikatGennevaSelasaini/Article
Published: May 19, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130518/ma_02/Pembekuan-aset-Genneva-diketahui-Selasa
Published: May 19, 2013

Hakim Datuk Rozana Ali Yusuff menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa Ahamadul Kabir, memaklumkan pihaknya sudah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan semua tertuduh.

Beliau berkata, permohonan itu penting bagi menjaga kepentingan pelbagai pihak kerana terdapat banyak pelabur yang terbabit.

Jika penggantungan itu ditolak, kemungkinan harta itu akan dilupuskan, katanya.

Bagaimanapun, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili tertuduh memberitahu mahkamah pihak pendakwaan gagal memenuhi peruntukan mengikut seksyen 55 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram & Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 bagi perlucutan hak harta syarikat itu.

Mohamed Haniff berkata, ada dua akaun iaitu milik tertuduh serta syarikat dan tiada sebarang bukti menunjukkan akaun tertuduh mengandungi duit pelabur.
Sementara itu, akaun GSB jelas menunjukkan ia hasil wang perniagaan dan pelaburan oleh pelanggannya boleh dikenal pasti, katanya.

Kelmarin, mahkamah melepaskan dan membebaskan Ng Poh Weng, 63; Marcus Yee Yuen Seng, 61; Chin Wai Leong, 37, dan Liew Chee Wah, 59, atas 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan urus niaga lebih RM100 juta, lima tahun lalu.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Poh Weng didakwa atas 93 pertuduhan, manakala Yuen Seng (40 pertuduhan), Wai Leong (61 pertuduhan) dan Chee Wah, 30 pertuduhan.

No comments:

Post a Comment