Friday, July 13, 2012

Pinjaman khas peniaga Ramadan

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PinjamankhaspeniagaRamadan/Article/index_html

Published: July 12, 2012
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my

TABUNG Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun Nasional) sentiasa mempelbagai perkhidmatan untuk membantu usahawan di negara ini termasuk memberi peruntukan pembiayaan khusus kepada usahawan yang ingin berniaga sempena bulan Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, sejak 2007 lagi pihaknya sudah membantu menyalurkan pinjaman kepada peniaga dengan jumlah maksimum RM3,000.

Katanya, Tekun Nasional juga tidak menetapkan peruntukan pinjaman untuk disalurkan bagi program itu kerana ia sebahagian daripada dana sedia ada selain daripada pembiayaan biasa untuk usahawan kecil yang memerlukan modal memulakan perniagaan tidak lebih dari RM50,000.

“Pinjaman untuk peniaga pasar Ramadan ini adalah satu inisiatif kami untuk memberi peluang lebih ramai usahawan yang ingin menjana pendapatan sepanjang Ramadan dan setakat ini sambutan diterima sangat memberangsangkan.

“Lebih istimewa usahawan yang memohon pembiayaan ini boleh membayar pinjaman selepas Ramadan dengan caj perkhidmatan hanya 2.0 peratus sebulan,” katanya kepada Bisnes Metro ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, pembiayaan terbabit masih terbuka kepada mereka yang berminat dan pihak Tekun juga akan mempercepatkan proses permohonan.


Sementara itu, beliau berkata bagi pembiayaan biasa pihaknya menyalurkan kira-kira RM40 juta sebulan kepada usahawan yang melepasi syarat kelayakan dan menyasarkan RM400 juta pinjaman menjelang akhir tahun ini.

“Setakat ini, pihak Tekun hanya menerima kutipan semula RM20 juta sebulan dan berharap peminjam tidak sambil lewa membayar semula pinjaman,” katanya.
mereka kerana ia secara tidak langsung menyekat peluang usahawan lain yang memerlukan pembiayaan untuk memulakan perniagaan.

“Tekun memang memfokus pada peniaga kecil yang memerlukan pembiayaan untuk perniagaan mereka dan menjadi tanggungjawab peminjam untuk bersama membantu usahawan lain memperoleh kemudahan yang sama,” katanya.

Beliau berkata, Tekun kini bukan lagi satu institusi mikro kredit, tetapi sudah menjadi institusi pembangunan strategik usahawan yang dapat memanfaatkan peminjam seluruh negara.

1 comment:

  1. HARI BAIK SEMUA ORANG !!!

    Saya Puan Susan Logan, Kami menawarkan semua jenis bantuan kewangan kepada semua individu "pinjaman peribadi, pinjaman pelaburan, pinjaman rumah dan syarikat pinjaman di seluruh dunia, kadar faedah kami adalah 2% setahun. pelanggan dan pemohon kami Jika anda mempunyai projek yang baik atau ingin memulakan perniagaan dan memerlukan pinjaman untuk membiayainya dengan segera, kami boleh membincangkannya, menandatangani kontrak, dan kemudian membiayai projek atau perniagaan anda untuk anda bersama dengan Bank Dunia dan Bank perindustrian, sila hubungi kami dengan menghantar e-mel kepada kami di: (susanlogan1975@gmail.com)

    PERKHIDMATAN PERIHAL YANG TERMASUK TERMASUK:

    * Pinjaman komersial.
    * Pinjaman peribadi.
    * Pinjaman Perniagaan.
    * Pinjaman Pelaburan.
    * Pinjaman Pembangunan.
    * Pemerolehan Pinjaman.
    * Pinjaman pembinaan.
    * Pinjaman Kad Kredit
    * Pinjaman Penyatuan Hutang
    * Pinjaman perniagaan dan lain-lain:

    Puan SUSAN LOGAN
    WhatsApp atau Teks: (+ 14169078157)
    E-mel: (susanlogan1975@gmail.com)

    CATATAN; Kami menyediakan pinjaman tanpa faedah sebanyak 2%, jadi kami boleh mengatakan bahawa kami menyediakan PINJAMAN TANPA Jaminan, Anda tidak perlu merasa teruk atau kecewa dengan bank yang meminta cagaran

    Terima kasih dan salam mesra

    ReplyDelete