Sunday, July 15, 2012

Memperkasa koperasi

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memperkasakoperasi/Article

Published: July 14, 2012

 Sebahagian daripada  60,000 ahli koperasi seluruh negara mengibarkan Jalur Gemilang  pada sambutan Hari Koperasi Negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Aizuddin Saad
 
Sebahagian daripada 60,000 ahli koperasi seluruh negara mengibarkan
 Jalur Gemilang pada sambutan Hari Koperasi Negara di Stadium
 Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Aizuddin Saad

SPEAK, naik had geran pembangunan jana ekonomi lebih cekap

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak malam tadi melancarkan Skim Pembiayaan Ekonomi Anggota Koperasi 1Malaysia (SPEAK) bagi membolehkan aktiviti ekonomi koperasi dijana secara lebih cekap. Serentak itu, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan had maksimum geran pembangunan bantuan asas daripada RM30,000 kepada RM50,000 untuk membantu koperasi berskala kecil meningkatkan daya saing masing-masing.
Peranan koperasi sebagai tunjang ekonomi negara ketiga terbesar tidak boleh dinafikan, justeru, kerajaan sentiasa mengenal pasti kaedah yang relevan untuk membangunkan koperasi dengan lebih aktif”. - Najib Razak, Perdana Menteri
“Saya melihat banyak koperasi kecil dan kurang berdaya maju di negara ini. Jadi kenaikan geran ini adalah untuk membantu koperasi meningkatkan daya saing mereka,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara di sini.

Najib berkata, peranan koperasi sebagai tunjang ekonomi negara ketiga terbesar tidak boleh dinafikan, justeru, kerajaan sentiasa mengenal pasti kaedah yang relevan untuk membangunkan koperasi dengan lebih aktif.

“Antara langkah yang dirasakan relevan ialah memisahkan peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) daripada mengawal selia dan membangunkan koperasi secara serentak.

“Tidak sesuai untuk sebuah badan memainkan peranan itu sekali gus. Ia perlu dipisahkan supaya peranannya boleh diluaskan lagi,” katanya.

Beliau bagaimanapun, memberi ingatan supaya koperasi memperkasakan pergerakan kerana mereka masih belum menunjukkan potensi maksimum masing-masing.

“Walaupun sudah berjaya, tapi pada hemat saya, ia belum lagi sampai ke tahap potensi maksimum yang boleh dicapai melalui perkembangan gerakan yang boleh diperkasakan lagi,” katanya.

Kira-kira 60,000 ahli koperasi seluruh negara menghadiri sambutan berkenaan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Di Klang: Najib berkata, perjuangan Kerajaan Pusat kini adalah berteraskan tuntutan Islam di bawah konsep Maqasid Al-Shariah.

Perdana Menteri berkata, antara dasar itu ialah memelihara serta memperkasakan Islam dan pada masa sama memelihara jiwa serta menghormati hak asasi manusia bagi yang beragama Islam dan bukan Islam.

Beliau memberi contoh penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diputuskan kerajaan sebagai menghormati hak asasi rakyat negara ini.

No comments:

Post a Comment