Tuesday, July 24, 2012

Bantu askar tiada pencen berniaga

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bantuaskartiadapencenberniaga/Article/index_html

Published: July 23, 2012

PERBADANAN Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) mengenal pasti hanya 8,837 daripada 250,000 bekas tentera tidak berpencen di seluruh negara sudah berdaftar bagi mengikuti Program Pembangunan Sosioekonomi Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PPSEV ATM) ketika ini.
Program berkenaan yang diwujudkan bagi membantu bekas tentera tidak berpencen meningkatkan taraf sosioekonomi seperti mengikuti program keusahawanan menerusi Perwira Niaga Malaysia (Pernama) yang mana ia mendorong golongan berkenaan membina perniagaan.

Pengerusinya, Laksamana Tan Sri Ilyas Din berkata, golongan terbabit seharusnya merebut peluang yang ditawarkan Perhebat bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan atau menjadi usahawan menerusi aktiviti yang disediakan PPSEV ATM.
Beliau berkata, Perhebat menggalakkan bekas tentera tidak berpencen menceburi bidang perniagaan yang mana mereka diberi latihan menerusi Pernama secara percuma antara dalam tempoh yang ditetapkan.

“Segala kos perbelanjaan semasa mengikuti latihan berkenaan ditanggung sepenuhnya di bawah bajet RM50 juta yang diumumkan kerajaan tahun lalu yang mana ia digunakan bagi membangunkan projek PPSEV ATM.

“Setakat ini di bawah Pernama terdapat lebih 1,000 pelatih menamatkan kursus peruncitan dan 300 pelatih berjaya menjalankan perniagaan peruncitan dalam pelbagai bidang.

“Tambahan, kita juga mengadakan kerjasama dengan syarikat yang boleh memberi peluang kepada ahli untuk membina perniagaan seperti menceburi bidang francais dan menjadi ejen kepada syarikat berkenaan,” katanya pada majlis pelancaran program usahawan Pernama bersama Singer (Malaysia) Sdn Bhd di Sungai Buloh.

No comments:

Post a Comment