Sunday, July 1, 2012

RM8j biaya niaga francais mikro

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/rm8j-biaya-niaga-francais-mikro-1.62262

Published: Jun 30, 2012

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan 
Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

SEREMBAN - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM8 juta di bawah Skim Pinjaman Kecil Francais bagi pembiayaan khas pinjaman mudah untuk perniagaan francais mikro.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh permohonan.

“Ia melibatkan pakej francais tidak melebihi RM50,000 dan margin pembiayaan sehingga 90 peratus atas kadar 3 peratus setahun sahaja ke atas baki berkurangan dengan tempoh masa pembiayaan sehingga lima tahun,” katanya pada  program francais komuniti peringkat Negeri Sembilan, semalam.

Katanya, apa yang menarik, pinjaman mikro itu tidak perlu sebarang cagaran atau penjamin, cukup sekadar mempunyai surat tawaran daripada francaisor tempatan dan syarikat berdaftar, serta tidak semestinya mempunyai premis  perniagaan.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai merebut peluang ini dan menjadikannya sebagai satu landasan untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan francais. “Sehingga 25 Jun 2012, daripada RM8 juta itu, sejumlah RM3.5 juta telah diluluskan kepada seramai 152 bakal francaisi.

Selain daripada skim pinjaman kecil ini, pelbagai kemudahan pinjaman lain juga disediakan untuk membiayai perniagaan francais, sama ada untuk  francaisor ataupun francaisi, melalui agensi di bawah kerajaan iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS). “Kini, PNS pinjamkan lebih dari RM45.88 juta kepada 48 francaisor dan RM149.68 juta kepada 923 francaisi. Selain itu, sejumlah RM50 juta diperuntukkan khas biaya perniagaan francais golongan wanita, termasuk ibu tunggal,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment