Tuesday, July 3, 2012

Tekun harap dana bajet

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tekunharapdanabajet/Article/index_html

Published: July 02, 2012

TABUNG Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun Nasional) berharap peruntukan dana diteruskan dalam bajet 2013 bagi meramaikan usahawan Bumiputera yang berjaya.
Pengarah Urusannya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, hasrat itu selari dengan tujuan kerajaan meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera menerusi perniagaan.

“Kami menggalakkan agenda Bumiputera dalam konteks 1Malaysia untuk memastikan golongan ini maju bersama masyarakat Cina dan India,” katanya selepas Seminar Transformasi Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Peruncitan 2012 zon utara, di Pulau Pinang, semalam.

Seminar itu dianjurkan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Pulau Pinang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Sambil menyifatkan modal sebagai masalah paling besar dihadapi golongan Bumiputera, Abdul Rahim berkata, Tekun Nasional akan terus membantu dan memastikan golongan ini berjaya.

No comments:

Post a Comment