Wednesday, May 15, 2013

Penjara Pengkalan Chepa sasar jualan produk RM1.5 juta

KOTA BHARU 14 Mei - Institusi Penjara Pengkalan Chepa akan menambah kepelbagaian produk yang dihasilkan penghuninya untuk mencapai sasaran jualan sebanyak RM1.5 juta atau sekurang-kurangnya RM1 juta pada tahun ini.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130515/wt_03/Penjara-Pengkalan-Chepa-sasar-jualan-produk-RM15-juta
Published: May 15, 2013

Pengarahnya, Zawari Abdul Rashid berkata, sasaran itu mampu dicapai dengan kerja keras daripada banduan dan kakitangan kerana infrastruktur di penjara itu sangat baik terutama bengkel pastri yang luas.

"Kalau lihat pengalaman saya dulu, saya pernah mencapai jualan produk penjara sehingga RM1.2 juta, jadi tahun ini saya mahu kita bersama-sama mencapai sasaran RM1.5 juta jualan.

"Saya tidak mahu kita fikirkan pasal RM10,000 atau RM30,000 kerana saya tengok bengkel pastri di sini besar jadi sepatutnya sasaran kita lebih tinggi selepas ini," katanya berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Pengkalan Chepa di sini semalam.

Zawari sebelum ini merupakan Pengarah Penjara Poko Sena, Kedah dan beliau mengambil alih jawatan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa daripada Husin Johari yang bertukar ke Penjara Kajang, Selangor berkuat kuasa hari ini.

Majlis menandatangani dokumen serah terima tugas antara kedua-dua pihak disaksikan oleh Pengarah Penjara Bentong, Abdul Aziz Abdul Razak.

Mengulas mengenai perpindahannya, Zawari berkata, beliau bersedia menggalas tugas yang diberikan dan tidak pernah mengeluh sebaliknya setia kepada arahan ketua sepanjang masa untuk memastikan kualiti kerja terbaik.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua kakitangan Penjara Pengkalan Chepa supaya selepas ini lebih fokus dan menghasilkan kualiti kerja terbaik untuk memastikan penjara itu menjadi antara yang terbaik di negara ini.

No comments:

Post a Comment