Friday, May 17, 2013

ANGKASA yakin pelantikan Hasan Malek mampu martabat gerakan koperasi di Malaysia

KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yakin pelantikan Datuk Hasan Malek sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dapat memartabat gerakan koperasi sebagai institusi sosioekonomi yang mampu memanfaatkan rakyat negara ini.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=950265
Published: May 17, 2013

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/articles/ANGKASAyakinpelantikanHasanMalekmampumemartabatgerakankoperasidiMalaysia/Article/
Published: May 17, 2013

Presiden ANGKASA, Profesor Datuk Dr Mohd Ali Baharum, dalam satu kenyataan hari ini, turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Kuala Pilah itu atas pelantikan beliau sebagai menteri serta Pengerusi Barisan Nasional Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang dilantik timbalan menteri.

"Sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia, ANGKASA akan memberi sepenuh sokongan kepada Hasan dalam menerajui kementerian demi kemajuan dan kejayaan koperasi di negara ini," katanya.

Mohd Ali turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sentiasa memberi sokongan serta bimbingan kepada gerakan koperasi agar terus maju dan berjaya.

Sebanyak 10,200 koperasi berdaftar di bawah ANGKASA dengan keanggotaan individu kira-kira lapan juta orang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment