Tuesday, May 7, 2013

PNS masih ada RM2.3j bantu usahawan francais

Perbadanan Nasional Bhd (PNS) masih mempunyai dana berjumlah RM2.3 juta untuk diagihkan bagi membiayai usaha membantu lebih ramai usahawan menjalankan perniagaan francais secara kecil-kecilan.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PNSmasihadaRM2_3jbantuusahawanfrancais/Article
Published: May 07, 2013

PNS masih ada   RM2.3j bantu usahawan francais
Syed Kamarulzaman

Pengarah Urusannya, Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, berkata dana itu sebahagian peruntukan RM8 juta yang disediakan kerajaan di bawah Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) yang diperkenalkan dua tahun lalu bagi merancakkan industri francais tempatan.

Setakat ini, katanya PNS sudah mengeluarkan pembiayaan berjumlah RM5.7 juta kepada 213 francaisi yang membabitkan 24 model perniagaan mikro francais dalam pelbagai sektor perniagaan.

Dengan adanya dana SPKF ini, ia dijangka merancakkan lagi perkembangan industri francais. PNS bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan terus mempromosikan skim mikro ini menerusi pelbagai aktiviti bagi membolehkan masyarakat lebih memahami konsep perniagaan ini," Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, Pengarah Urusan PNS

“Program mikro francais ini dilihat mampu menarik lebih ramai usahawan untuk berniaga dalam bidang francais. Selama ini, masyarakat beranggapan perniagaan francais ini sukar untuk diceburi kerana memerlukan modal yang tinggi.

“Dengan adanya dana SPKF ini, ia dijangka merancakkan lagi perkembangan industri francais. PNS bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan terus mempromosikan skim mikro ini menerusi pelbagai aktiviti bagi membolehkan masyarakat lebih memahami konsep perniagaan ini,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PNS, agensi kerajaan yang diberikan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais turut bertanggungjawab membantu francaisor dan francaisi tempatan mengembangkan perniagaan ke luar negara.

Beliau berkata, sektor perniagaan yang banyak memohon bagi skim pembiayaan itu adalah peruncitan (38 peratus), perkhidmatan (33 peratus), makanan dan minuman (21 peratus) dan pendidikan (lapan peratus).

Katanya, had maksimum pembiayaan adalah sebanyak 90 peratus daripada pakej francais tidak melebihi RM50,000 dengan tempoh bayaran balik selama lima tahun, manakala yuran perkhidmatan adalah tiga peratus setahun.

“Kami menggalakkan syarikat francais tempatan yang mempunyai perniagaan yang kukuh menawarkan skim perniagaan mikro kepada usahawan baru bagi berkongsi pendapatan. Selain mengembangkan jenama perniagaan, langkah itu juga dilihat mampu memantapkan industri francais negara,” katanya.

Syed Kamarulzaman berkata, setakat ini seramai 25 francaisor menawarkan program Mikro Francais kepada usahawan kecil antaranya Belisinnie Fast Food (Long Burger), Azla Management Sdn Bhd (E&W Food Service & Pita Hut), Nelson Franchise (M) Sdn Bhd (Nelson’s), Little Cash (M) Sdn Bhd (Ani Sup Utara), Pandan Utama Sdn Bhd (Procleaners); Metro Driving Academy Sdn Bhd (Metro Driving) dan D’Navechee Beauty Sdn Bhd (D’Navechee)

Dalam perkembangan lain, beliau berkata PNS memperuntukkan bagi RM10 juta tahun ini tujuan pembelian hartanah berpotensi terutama di kawasan bandar di seluruh negara, untuk disewakan kepada usahawan francais.

No comments:

Post a Comment