Friday, May 17, 2013

BNM Akan Fail Notis Rayuan Berhubung Kes Genneva

KUALA LUMPUR 16 Mei - Bank Negara Malaysia (BNM) akan memfailkan notis rayuan esok terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang melepas dan membebaskan tiga pengarah dan seorang bekas pengarah syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Sdn. Bhd. (GSB).

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-genneva-bnm-akan-fail-notis-rayuan-esok-1.160985
Published: May 17, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130517/ma_04/Genneva-Bank-Negara-fail-rayuan-esok
Published: May 17, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=950270
Published: May 17, 2013

Semua mereka sebelum ini didakwa atas 224 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima pertuduhan menerima deposit tanpa lesen melibatkan urus niaga lebih RM100 juta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan BNM hari ini, rayuan itu dibuat setelah pihaknya mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara.

BNM juga akan memohon agar aset milik GSB kekal disita mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 sementara menunggu rayuan.

Kenyataan BNM itu menjelaskan bahawa GSB didakwa di mahkamah pada Oktober 2010 setelah syarikat itu disiasat ekoran aduan orang awam.

''Ini adalah sebuah entiti berbeza daripada Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva Malaysia) yang disiasat secara bersama oleh BNM dan agensi berkaitan lain,'' katanya.

Menurutnya, siasatan terhadap Genneva Malaysia kini telah selesai dan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Dalam keputusan Mahkamah Sesyen hari ini, Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membebaskan tiga pengarah syarikat itu iaitu Ng Poh Weng, 63, Marcus Yee Yuen Seng, 61, Chin Wai Leong, 37, dan bekas pengarahnya, Liew Chee Wah, 59.

Beliau memutuskan demikian setelah mendapati GSB tidak menjalankan sebarang aktiviti atau urus niaga yang tergolong dalam kategori pengambilan deposit secara haram dan perniagaanya sememangnya wujud dan bukan rekaan semata-mata.

No comments:

Post a Comment