Wednesday, January 9, 2013

420 Peniaga Kecil India Di Kedah Terima Hampir RM2.8 Juta Pinjaman Tekun

PADANG SERAI, 8 Jan (Bernama) -- Sebanyak 420 peniaga dan usahawan kecil India di Kedah menerima pinjaman hampir RM2.8 juta daripada Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun) sejak skim diperluaskan kepada kaum itu pada 2010.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=920139
Published: January 09, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130109/wu_02/420-peniaga-India-terima-pinjaman-TEKUN
Published: January 10, 2013

Pengerusi Perhubungan MIC Kedah S. Ananthan berkata penerima paling ramai ialah dari kawasan Parlimen Merbok membabitkan 153 orang dengan pinjaman berjumlah RM772,000.

"Ini dikuti Parlimen Sungai Petani seramai 98 orang dengan jumlah pinjaman RM728,000 dan Padang Serai dengan 93 peminjam berjumlah RM540,000," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek kepada 20 peniaga kecil, di Pejabat Tekun Padang Serai, di sini pada Selasa.

Peniaga berkenaan menerima kelulusan pinjaman berjumlah hampir RM200,000 dan setiap seorang menerima cek bernilai antara RM8,000 dan RM15,000.

Sementara itu Timbalan Pengurus Tekun Kedah Mohd Zaidi Azizan yang turut hadir, menasihatkan penerima supaya memanfaatkan pinjaman untuk peniagaan mereka dan tidak disalah guna.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment