Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=923530
Published: January 23, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PUNBsasarsalurpembiayaanRM195j//Article/index_html
Published: January 23, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130123/ek_05/RM195-juta-bantu-usahawan
Published: January 23, 2013
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PUNBsasarluluspinjamanRM195j/Article
Published: December 23, 2012

Khairy Jamaluddin (lima dari kiri) bersama pemenang Cabaran
Perniagaan PUNB 2012 di Kuala Lumpur, semalam.
Katanya jumlah itu dapat membiayai lebih 620 usahawan yang disalurkan menerusi empat skim, iaitu Skim PROSPER Runcit, Skim PROSPER Borong, Skim Usahawan Kecil dan Sederhana (IKS) dan Skim PROSPER Usahawan Muda (PUMA) dengan tawaran pembiayaan antara RM5,000 dan RM5 juta.
Tahun lepas, PUNB meluluskan pinjaman bernilai RM166.78 juta kepada 539 orang usahawan, kata Khairy kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Cabaran Pelan Perniagaan PUNB 2012.
Katanya perhatian akan diberikan kepada golongan muda khususnya dalam skim PUMA untuk memupuk budaya keusahawanan di kalangan generasi tersebut.
"Kita akan bekerjasama dengan institut pengajian tinggi dan kelab-kelab usahawan untuk mendedahkan pelajar dengan bidang keusahawanan sebagai kerjaya yang lebih menarik," katanya.
Khairy berkata masalah persepsi seperti syarat permohonan yang terlalu sukar juga akan diberi perhatian PUNB.
"Ramai usahawan yang fikir susah untuk mendapatkan pinjaman. Sedangkan kita tidak seperti bank yang memerlukan cagaran untuk sesuatu pinjaman. Malah, untuk skim PUMA tidak perlu pun sediakan rekod prestasi syarikat," katanya.
Untuk itu, Khairy berkata PUNB tidak mengambil pendekatan pasif dengan menunggu permohonan pinjaman tetapi sentiasa proaktif mencari usahawan yang layak untuk mendapatkan pembiayaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Dzulkifli Fadzilah berkata Cabaran Pelan Perniagaan PUNB 2012 telah berjaya merekodkan penyertaan 299 rancangan perniagaan dari kategori pelajar dan awam.
Daripada jumlah itu, 10 kumpulan telah di senarai pendek dan menerima hadiah wang tunai berbentuk geran perniagaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM170,000.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment