Monday, January 28, 2013

13 lokasi KR1M dikenal pasti

MELAKA - Sebanyak 13 lokasi telah dikenal pasti pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin Mohamad Holdings Bhd (Mydin) untuk meluaskan jaringan kedai tersebut di Sabah dan Sarawak, tahun ini.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/13-lokasi-kr1m-dikenal-pasti-1.125249
Published: January 28, 2013

Mohd Ali Rustam

Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, lokasi membabitkan kawasan bandar dan pedalaman tersebut adalah daripada 57 buah kedai yang disasarkan kerajaan sebelum akhir 2013.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak) sudah mengarahkan kita membuka 57 KR1M di sana dalam tahun ini dan setakat ini sebanyak 13 lokasi membabitkan kawasan bandar dan pedalaman telah dikenal pasti sesuai menempatkan KR1M.

“Bagaimanapun, kita masih belum boleh mengenal pasti kedai di kawasan mana yang akan beroperasi dahulu kerana ia bergantung unit mana yang siap terlebih dahulu selain dalam proses kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK),” katanya selepas Majlis Perasmian KR1M oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Taman Limbongan Permai, di sini.

Ameer berkata, pihaknya yakin dapat membuka 57 KR1M di kedua-dua negeri itu selepas berjaya membuka 85 buah kedai di semenanjung tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pengguna tidak perlu khuatir dengan kualiti produk yang ditawarkan di KR1M.

“Kita beri jaminan bahawa barangan yang dijual berkualiti dan pihak kami akan melakukan yang terbaik dalam usaha memastikan kualiti barangan untuk pengguna,” katanya.

Menurutnya, harga produk yang ditawarkan pula bergantung kepada harga pasaran, namun masih murah berbanding yang lain.

“Harga barang ikut harga pasaran, kalau harga barang naik pasti ia (harga) akan naik sebab barangan dijual di KR1M tiada subsidi melainkan tepung, gula dan minyak.

“Itu barangan biasa yang kerajaan bagi subsidi, barang lain tiada tetapi kita jual lebih murah dari pasaran, itu kita pastikan,” katanya.

No comments:

Post a Comment