Tuesday, January 29, 2013

Tekun Nasional Lancar Perkhidmatan Bot Laju, Tingkat Sistem Penyampaian Di Sarawak

SIBU, 28 Jan (Bernama) -- Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) kini giat mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya kepada penduduk kawasan pedalaman di negeri Sarawak dengan menggunakan bot laju.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=924543
Published: January 29, 2013

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata dua bot laju yang menelan kos RM200,000 itu akan digunakan untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman hulu sungai dan muara Sungai Rajang.

"Kita perlu pergi kepada rakyat di pedalaman supaya mereka boleh mendapat dan menikmati perkhidmatan sama seperti yang disediakan rakyat di bandar", katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan bot berkenaan di sini.

Menurut Noh, Sarawak merupakan negeri pertama di negara ini mempunyai perkhidmatan bot Tekun dan bot itu akan turut digunakan jabatan lain.

Katanya bilangan bot akan ditambah sekiranya sambutan terhadap perkhidmatan yang disediakan menggalakkan.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata sebanyak RM59.4 juta diperuntukan kepada Sarawak tahun ini bagi melaksanakan pelbagai program di bawah kementeriannya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment