Monday, January 14, 2013

Jual 1,000kg emas

Kuala Lumpur: Gold Bullion World Sdn Bhd, syarikat yang memperkenalkan jenama Golden World mengunjurkan penjualan emas 1,000 kilogram sebulan sepanjang tahun ini sekali gus menyasarkan melahirkan 16,000 perunding perniagaan emas berdaftar di bawah syarikatnya.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jual1_000kgemas//Article/index_html
Published: January 14, 2013

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Hamizan Mohd Safaia berkata, Golden World mengalu-alukan perunding atau penasihat daripada bidang kewangan, insurans, hartanah dan lain-lain untuk menyertai Golden World bagi merebut peluang menjadi perunding perniagaan emas serta menjana pendapatan lumayan.

Beliau berkata, ini kerana Golden World menawarkan tujuh jenis pendapatan termasuk komisen, bonus dan percutian tiga kali setahun, latihan serta seminar berterusan secara percuma setiap minggu daripada segi pengetahuan produk, skil dan pembangunan diri.

“Ketika ini, Golden World menjual produk emas jenama nombor satu yang terkenal iaitu PAMP Suisse berserta sijil ketulenan emas terbabit yang juga diterima di seluruh dunia. “Malah, syarikat memberi penerangan dan nasihat telus dan jelas berasaskan maklumat tepat kepada pelanggan supaya dapat membezakan dan tidak terperangkap dengan skim pelaburan palsu,” katanya.

Menurutnya, syarikat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur itu memastikan model perniagaannya tulen serta tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna. Sejak ditubuhkan pada 2010, Golden World komited menawarkan pelan simpanan emas fizikal yang selamat untuk jangka masa sederhana dan panjang. operasi perniagaan Golden World adalah dagangan bagi tujuan simpanan kekayaan apabila transaksi hanya membabitkan pembelian dan penjualan jongkong emas serta perak saja.

“Maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.goldenworld.com.my atau menghubungi talian 019-349 2244. Selain itu, sempena pembukaan pejabat di Glomac Damansara Taman Tun Dr Ismail, pelancaran rasmi jenama Golden World diadakan pada 31 Januari ini bertempat di KLGCC, Kuala Lumpur,” katanya.

No comments:

Post a Comment