Monday, January 7, 2013

YaPEIM tambah perkhidmatan baru

Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) akan menambah satu lagi perkhidmatan baru dalam portfolio perniagaannya, iaitu kiriman wang menerusi rangkaian premis skim pajak gadai Ar-Rahnu kendaliannya. 

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/YaPEIMtambahperkhidmatanbaru/Article
Published: January 07, 2013

Perkhidmatan terbaru itu yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat, dilaksanakan menerusi kerjasamanya dengan Al-Rajhi Bank setelah menerima kelulusan Bank Negara Malaysia, Disember lalu.

Ketua Pengarah dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Abd Malek Awang Kechil, berkata kerjasama strategik itu bakal memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang disediakan pihaknya di premis Ar-Rahnu.
Kerjasama terbaru yang dijalin pihaknya itu dilihat mampu membantu YaPEIM dalam mengukuhkan kehadirannya di luar negara terutama di rantau Asia Barat," Abd Malek Awang Kechil, Ketua Pengarah dan Ketua Eksekutif Kumpulan YaPEIM
Katanya, cadangan mengadakan kerjasama itu datang daripada Al-Rajhi Bank sendiri yang memilih YaPEIM untuk dijadikan rakan niaga bagi memanfaatkan rangkaian meluas 280 cawangan Ar-Rahnu YaPEIM di seluruh negara.

Mudahkan pelanggan

“Menerusi perkhidmatan terbaru ini, ia akan memberi kemudahan kepada pelanggan Islam untuk mengirimkan wang kepada keluarga, saudara atau rakan yang sedang mengerjakan umrah atau haji di Makkah atau di mana-mana negara yang memiliki perkhidmatan Al-Rajhi Bank,” katanya.

Abd Malek berkata, kerjasama terbaru yang dijalin pihaknya itu dilihat mampu membantu YaPEIM dalam mengukuhkan kehadirannya di luar negara terutama di rantau Asia Barat.

No comments:

Post a Comment