Monday, January 21, 2013

57 Lagi KR1M Akan Diwujudkan Tahun Ini - Ismail Sabri

BERA, 20 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mewujudkan 57 lagi Kedai Runcit 1Malaysia (KR1M) tahun ini sebagai tambahan kepada 85 kedai sedia ada.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=923067
Published: January 21, 2013

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penambahan itu akan ditumpukan kepada kawasan pedalaman serta luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.

"Berikutan sambutan menggalakkan terhadap KR1M daripada rakyat terutama penduduk di kawasan luar bandar, bilangan produk yang dipasarkan di KR1M juga akan ditingkatkan lebih kepada 300 jenis barangan keperluan pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Karnival Inspirasi Al-Quran, Nasyid dan Syarahan Peringkat Kebangsaan Felda di sini Ahad.

Ismail Sabri berkata sehubungan itu kementerian mengalu-alukan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) menghantar permohonan kepada kementerian itu untuk memasarkan hasil produk mereka di KR1M di seluruh Malaysia.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment