Friday, January 11, 2013

Angkasa Peruntuk RM50 Juta Bina 50 Pusat Hemodialisis Di Seluruh Negara

TEMERLOH, 10 Jan (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memperuntuk sebanyak RM50 juta bagi membina 50 buah pusat hemodialisis di seluruh negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=920703
Published: January 11, 2013

Timbalan Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata pembinaan pusat hemodalisis tersebut akan dijalankan dengan kerjasama koperasi setempat bagi membantu pesakit buah pinggang mendapat kemudahan itu dengan harga perkhidmatan yang lebih berpatutan.

"Kos bagi setiap pusat itu ialah sebanyak RM1 juta. Setakat ini Angkasa sendiri sudah membina dua buah pusat hemodalisis di Temerloh dan di Bayan Baru, Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Hemodialisis Angkasa Temerloh di sini pada Khamis.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pengerusi Angkasa Zon Pahang Mansor Abdul Rahman, Ketua Projek Hemodalisis Angkasa Norlaili Mohd Yatim dan Ketua Unit Sumber Manusia Angkasa Siti Zahrah Ahmad Basheer.

Abdul Fattah berkata Pusat Hemodalisis Angkasa Temerloh mula beroperasi 10 Dis tahun lepas dan di Bayan Baru sedang dalam peringkat akhir pembinaan dan dijangka beroperasi tidak lama lagi.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment