Tuesday, January 29, 2013

Industri francais dijangka berkembang 20%

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Industri francais dijangka terus kukuh dengan pertumbuhan 20 peratus tahun ini disokong dengan kemunculan sektor-sektor baru yang mendapat permintaan tinggi.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130129/ek_03/Industri-francais-dijangka-berkembang-20
Published: January 29, 2013

Presiden Persatuan Francais Malaysia (MFA), Abdul Malik Abdullah berkata, sebelum ini trend pelaburan berkonsepkan francais lebih tertumpu kepada sektor makanan dan minuman (F&B) tapi kini dengan adanya industri perkhidmatan, akan lebih merancakkan lagi industri ini.

"Buat masa ini, F&B meliputi 35 peratus daripada keseluruhan jenama francais, namun sektor lain juga turut berkembang terutamanya sektor perkhidmatan seperti penjagaan anak dan juga barangan kesihatan dan penjagaan diri," kata beliau dalam satu temu bual.

Beliau berkata industri francais di Malaysia kini memiliki sejumlah 6,000 pemegang francais daripada 666 jenama dari pelbagai sektor.

Abdul Malik yang juga Pengarah Urusan D"Tandoor Food Industries Sdn Bhd, berkata sebelum ini industri francais tumbuh 10 hingga 15 peratus setahun dan menyumbang purata RM22 bilion setahun kepada keluaran dalam negara kasar. - Bernama

No comments:

Post a Comment