Friday, January 11, 2013

NKEA Sektor Pemborongan Dan Peruncitan Sumbang RM156 Bilion PNK Menjelang 2020

Putrajaya: Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Sektor Pemborongan dan Peruncitan yang membabitkan 12 projek permulaan (EPP) akan menyumbang RM156 bilion Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan mewujudkan 454,190 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130111/ek_03/RM156-bilion-dari-borong-runcit
Published: January 11, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/12EPPsumbangRM156bilion//Article/index_html
Published: January 11, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=920732
Published: January 11, 2013

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sektor pemborongan dan peruncitan menyumbang PNK RM89.38 bilion sehingga suku ketiga tahun lalu, peningkatan lapan peratus dalam tempoh yang sama sebelumnya.

“Sektor pemborongan dan peruncitan Malaysia menyumbang 13 peratus pada keseluruhan PNK negara,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Ismail Sabri berkata 12 EPP yang memacu sektor pemborongan dan peruncitan ialah Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Program Pemodenan Bengkel Automatif (ATOM), Makan Bazaar, Pembagunan Format Besar, Bebas Cukai Malaysia, Gedung Maya, Gedung 1Malaysia, Pengambilalihan Jenama Asing, Resort Sejahtera, Jualan Bersepadu 1Malaysia, Big Box Boulevard (BBB) dan Hab Peruncitan Kuala Lumpur International Airport 2.

Bagi tahun ini, beliau berkata KPDNKK menyasar untuk memodenkan lagi 500 kedai runcit di bawah Program TUKAR, 75 bengkel kereta dan motor di bawah Program ATOM, membuka tiga buah lagi pasar raya dan 13 superstore dan membuka sebuah lagi Makan Bazaar.

“Selain itu, kita akan melaksanakan Bebas Cukai Malaysia dengan nilai kos, insurans dan fret (CIF) sebanyak RM2.52 bilion, penganjuran 1Malaysia Unified Sale dengan pembabitan 52 subsektor dalam ekonomi,” katanya.

Foto
PROGRAM TUKAR berjaya memodenkan 568 kedai runcit 
dengan nilai jualan meningkat 35 peratus.

Mengenai pencapaian 12 EPP di bawah sektor pemborongan dan peruncitan tahun lalu, Ismail Sabri berkata, semua projek itu berjaya melepasi sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

Beliau berkata Program TUKAR bertujuan meningkatkan tahap daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif berjaya memodenkan 568 kedai runcit dengan nilai jualan meningkat 35 peratus iaitu dari RM24,126 ke RM32,397 pada tahun lepas.


Bagi program ATOM untuk mentransformasikan bengkel kereta dan motor untuk meningkatkan pendapatan dan memberi perkhidmatan baik kepada pengguna, beliau berkata sebanyak 110 bengkel kereta dan motor ditransformasi dan pendapatan peserta telah meningkat sebanyak 30 peratus iaitu dari RM24,776 ke RM31,969. - Bernama

No comments:

Post a Comment