Tuesday, February 12, 2013

Rebut peluang sertai francais

BESUT - Peserta Program Jelajah Francais 1Malaysia bakal menikmati kemudahan pembiayaan kewangan terus tanpa cagaran sekiranya ingin menjalankan perniagaan dalam bidang francais di negara ini.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/rebut-peluang-sertai-francais-1.129841
Published: February 12, 2013

Rebut peluang sertai francais
Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh (tengah) bersama 
Sohaimi ketika gimik perasmian Program Jelajah Francais 1Malaysia 
Peringkat Negeri Terengganu di Besut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Jelajah Francais 1Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sejak dilancarkan tahun lalu, 5,000 orang menyertai program ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 100 orang telah menghantar permohonan untuk menyertai perniagaan sistem francais.

“Mereka yang menyertai program ini mendapat kemudahan pinjaman untuk memulakan perniagaan dengan bantuan mikro kredit serendah RM50,000 melalui Perbadanan Nasional Berhad (PNB),” katanya.

Sohaimi berkata, tujuan utama program itu untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda menceburi perniagaan francais.

“Kita juga galak penuntut institusi pengajian tinggi awam atau swasta menjadikannya platform perniagaan dan pendedahan akan diberikan kepada golongan ini melalui program My Francais At College,” katanya.

Beliau berkata, Terengganu adalah negeri kedua terakhir siri jelajah ini sebelum program terakhir di Sabah selepas ini. Sabah selepa

No comments:

Post a Comment