BERA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
(KPDNKP) menyasarkan satu juta kad keahlian dapat dikeluarkan kepada 
ahli koperasi menjelang akhir tahun ini. 
Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kpdnkp-sasar-sejuta-ahli-menjelang-akhir-tahun-1.55078 
Published: Jun 10, 2012
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membolehkan
 ahli koperasi mendapat potongan harga ketika membeli belah di kedai 
atau pasar raya tersenarai termasuk di kedai koperasi.
 "Sehingga kini 100,000 kad keahlian koperasi telah dikeluarkan yang 
secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan ahli koperasi selain 
menggalakkan mereka berbelanja di kedai kedai koperasi yang akhirnya 
mendatangkan keuntungan kepada koperasi .
"Apabila koperasi untung, dividen dapat dibahagikan kepada 
ahli-ahlinya," kata Ismail Sabri kepada pemberita selepas merasmikan 
mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bera di Kerayong, 
Bera, hari ini.
Beliau berkata kejayaan koperasi di luar negara perlu dicontohi kerana 
ahli-ahli sangat amanah dan taat kepada koperasi masing masing.
"Koperasi di Jepun dan Korea Selatan misalnya, bukan sahaja berjaya 
mengawal pasaran, malah 30 peratus ekonomi negara terbabit dikuasai 
koperasi disebabkan ahli serta lembaga pengarah beramanah, berdaya saing
 selain bertanggungjawab.
"Saya yakin koperasi kita juga boleh maju dan berkembang jika semua 
pihak termasuk ahli memberi sokongan padu kepada koperasi supaya maju," 
katanya.
Mengenai harga minyak, Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera 
berkata, kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak sewenang-wenangnya 
tanpa memikirkan kesulitan rakyat.
"Kerajaan akan mengawal jika harga minyak naik, dan akan menurunkan 
harga jika minyak turun harga, malah kerajaan akan terus memberi subsidi
 kepada rakyat.
"Bagi minyak RON 95, kerajaan telah memberikan subsidi 70 sen seliter 
dengan harga sekarang RM1.90, manakala RON 97 pula harganya turun 10 sen
 baru baru ini dengan harga sekarang RM2.80 seliter jauh lebih murah 
daripada yang dijual di negara-negara jiran," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment