SALAMFONE Sdn Bhd (salamfone), penyedia perkhidmatan telefon mudah 
alih pertama di dunia berasaskan syariah yakin sasaran 100,000 pelanggan
 menggunakan perkhidmatannya menjelang akhir tahun ini tercapai 
berdasarkan peningkatan jualannya sejak awal tahun lalu. 
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kiossalamfonedipejabatpos/Article/index_html 
Published: Jun 26, 2012
Pengurus Jualan Serantaunya, Kamarul Ariffin Ramly berkata, sejak 
diperkenalkan April tahun lalu, sebanyak 80,000 dengan 15,000 
daripadanya sudah mengaktifkan perkhidmatan prabayar untuk gaya hidup 
Islam itu.
Beliau berkata, bagi memperkenalkan rangkaian 
salamfone kepada orang ramai, pihaknya bekerjasama dengan dengan Pos 
Malaysia Berhad (Pos Malaysia).
“Setakat ini, kami sudah membuka kios di 700 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara.
“Alhamdullillah, strategi kami berjaya meningkatkan hasil jualan,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, semalam.
No comments:
Post a Comment