Tuesday, June 12, 2012

Bank dicadang tubuh dana modal teroka bantu usahawan

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Published: Jun 11, 2012

IPOH 10 Jun - Sesi pertama perbincangan Kumpulan Tumpuan yang diadakan pada 13 Jun ini akan membincangkan 16 topik penyediaan Bajet 2013 yang meliputi makroekonomi, sektoral dan sosial, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, perbincangan yang bertemakan "Inisiatif Baharu dalam Meningkatkan Pelaburan Swasta" itu melibatkan beberapa pihak, antaranya ahli perniagaan dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Perbincangan topik tersebut akan berpandukan kepada 84 memorandum yang diterima kementerian daripada pihak terbabit merangkumi 20 aspek makroekonomi, 49 sektoral dan 15 sosial, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di sini, hari ini.

Ahmad Husni berkata, antara aspek makroekonomi yang diketengahkan termasuklah menjana permintaan dalaman melalui peningkatan pendapatan, penggubalan dasar ekonomi makro dan mikro serta strategi bagi memenuhi kehendak kumpulan dasar.

Bagi isu sektoral, aspek yang yang diberi tumpuan ialah mempertingkatkan sistem kewangan Islam, pembangunan kaunter Islam serta penambahbaikan pendidikan syariah untuk meningkatkan sektor kewangan Islam, manakala isu sosial berkaitan dengan memperkukuh perpaduan sosial dan mengetengahkan isu belia.

"Perbincangan ini adalah ke arah untuk mengatasi persoalan yang mereka hadapi daripada segi pelaburan swasta, pembangunan sumber manusia dan daya saing," katanya.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun itu berkata, sesi pertama perbincangan dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan dan diikuti kemudiannya perjumpaan dengan ahli akademik, badan profesional, kumpulan pemikir dan media massa bagi mendapatkan input dan maklum balas dalam penyediaan bajet 2013.

"Kita mahu dapatkan sebanyak maklumat daripada semua sektor masyarakat bagi membolehkan kita menilai apakah pandangan daripada mereka," jelasnya.

Kementerian Kewangan sebelum ini telah mengadakan Majlis Konsultasi Belanjawan 2013 pada 29 Mei lepas yang bertemakan "Memacu Transformasi ke Arah Negara Maju". - BERNAMA

No comments:

Post a Comment